Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian sinis terhadap pandangan bekas Perdana Menteri Singapure Lim Kuan Yew daripada Singapura yang mengkritik mengenai penyuburan Islam di Malaysia.
Katanya, dakwaan Lee bahawa Malaysia kononnya kini semakin ghairah menuju ke arah Islam yang lebih ortodoks dan tidak seiring zaman adalah pandangannya.
"Itu adalah pandangan dia. Setiap orang berhak menyuarakan pandangannya. Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara, khususnya di Singapura," kata kata mantan Perdana Menteri itu.
Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.
Dasar kuku besi itu diteruskan oleh pengganti-pengganti Lee. Baru-baru ini Singapura memperkenalkan undang-undang bagi mengawal kandungan berita di portal-portal negara itu.
Dalam buku "One Man's View Of The World" itu, Lee mendakwa Malaysia semakin di bawah telunjuk negara-negara Arab, menyebabkan cara hidup Islam semakin menebal di negara ini.
Beliau juga menyatakan kesangsiannya bahawa Malaysia berupaya menjadi sebuah negara Islam yang progresif.
Mahathir berkata pandangan itu datang daripada seorang yang sudah berusia 90 tahun dan "kita patut memberi kelonggaran kepada beliau"
"Kita patut memberikan kelonggaran kepada mereka yang sudah lanjut usianya. Saya juga berharapkan demikian untuk diri saya. Saya berusia 88 tahun," kata Mahathir yang menjadi Perdana Menteri lebih dua dekad sebelum berundur pada 2003.
"Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara , khususnya di Singapura," kata Mahathir.
Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.
Ps: Kalau tanya SH, jawapannya mudah je. Si Kuan Yew tu bukan sahaja dah tua. Tapi dia dah nyanyuk!!!
Sama la macam Si Kit Siang tu. Dah tua pun masih jugak sibuk nak pegang kuasa, sibuk nak berpolitik. Kalau bersara, mau terus masuk ke dalam gamaknya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.