Jika semalam, SH ada bercerita sikit mengenai isu surat terbuka ni. Kali ni, SH nak dedahkan sikit sahaja lagi. Selebihnya kita cerita kemudian.
Kali ini, isu yang nak diketengahkan ialah mengenai kaitan Ahli Parlimen Temerloh tu yang dikatakan mendapat dana dari syarikat Nadir Bumi di Gebeng.
Jawapan balas yang dikeluarkan oleh SI Nasa Tantawi mengenai isu berkaitan dengan dana dari kilang Lynas ni juga akan SH dedahkan kemudian.
Heh! Sebelum ini pun, SH dah banyak kali cerita pasal kaitan pemimpin PAS dengan syarikat yang ditentang oleh puak - puak Kahak Hijau tu.
Tapi, SH tak nak dedahkan lagi siapa individu yang terlibat. Tinggal lagi, surat terbuka ni mengaitkan Si Nasa Tantawi tu dengan kilang tersebut.
SH nak sarankan buat Si Nasa Tantawi tu satu perkara sahaja. Jika benar dia tak terlibat dengan syarikat tersebut, dia perlu tampil dan ambik tindakan. Jangan setakat pandai nak buat karangan secara panjang lebar je!!!
Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut. Saya tidak menyangka sampai begitu sekali melalutnya beliau bercerita sebegitu rupa.Bahkan pengakuan beliau jugak membuka pelbagai persolan baru bagi yang tidak tahu dan menimbulkan rasa loya di tekak mereka yang mengetahui cerita sebenar.Cukup setakat ini berkenaan isu tersebut, insya Allah selepas raya nanti saya akan berkunjung lagi ke Beserah antaranya bagi menyambung kembali kajian tentang beberapa perkara termasuk berkenaan isu Lynas yang meruntuhkan PAS di sana dan juga isu yang melanda Umno tempohari iaitu isu lembu tetapi bukan NFC tapi lembu korban.Dan satu lagi saya cuit beliau dengan kontraktor Lynas tetapi di jawab panjang lebar hubungan dengan Lynas. Entahla...Justeru itu saya sekali lagi merayu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk bertindak segera atas fitnah besar yang melanda jemaah sekarang ini.Walaupun ada yang mencerca dan memaki saya atas sebab mendedahkan isu ini di khalayak umum tetapi apa pilihan lagi yang saya ada?Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.