Jumaat, Oktober 25, 2013


Adalah disyorkan supaya anak kesayangan Si Ketua Penipu yang bernama Si Nurul Izzah tu mengadakan sesi berdebat dengan Ahli Parlimen Temerloh pasal isu COMANGO ni.

Bukan apa. Kalau orang lain cakap nanti, dia akan kata itu semua Retorik dan sengaja nak memutarbelitkan isu. Jadi, ada baiknya dia berdebat sesama sendiri.

Yang satu nak menghalalkan cara untuk mendapat sokongan sampai tahap sanggup menjual kesucian Islam secara terang - terangan. Yang satu pulak dok Pakat Angguk Saja.

Ini kita baru dengar dari mulut Si Ahli Parlimen Temerloh tu. Belum lagi kita dengar dari golongan - golongan Liberalis yang ada dalam PAS. Apa pulak kata mereka?

Adakah mereka akan turut membantah desakan yang dibuat oleh COMANGO kepada PBB atau menyokong tuntutan tersebut secara terbuka?

Bab yang ada kaitan dengan agama ni memang satu isu yang sering bercanggah dalam PAS sendiri. Sama macam isu penggunaan kalimah Allah. Pun sesama diorang bercanggah pendapat. Jangan sampai Ahli Parlimen Temerloh ni menyalak sorang - sorang sudah la!!!
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Gabungan NGO  Hak Asasi Manusia (Comango)  yang menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini ketika proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland hari ini, digugurkan.

Ini berikutan tuntutan Comango yang menuntut Malaysia menandatangani Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang menyentuh mengenai kebebasan beragama dan kelonggaran seseorang untuk menukar sekaligus mencabar undang-undang Syariah negara.

Malaysia juga digesa mengiktiraf hak-hak orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Comango mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menggesa untuk menggugurkan atau meminda peruntukan mengenai polisi moral yang didakwa menggugat hak privasi seseorang.

Selain itu, Comango turut mempertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran syiah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen PAS-Temerloh, Nasruddin Hassan menegaskan keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dihormati Comango dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat jahat.

“Kami turut mendesak agar campurtangan atau tekanan luar terhadap keputusan yang telah diambil melibatkan Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa memandangkan is harus ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat,” kata kenyataan berkenaan.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. bape lame la si tantawi nie bleh pertahankn statement dia..maklum la lalang !

    BalasPadam
  2. apa? klau org cina msuk pas kene tuduh jadi sesat la..ek eleh.. itu ahli je la.. bukan pemimpin pun.. apa ko ingat ahli umno takde yg samseng ke? takde yg murtad ke? yg kita nak.. pemimpin.. yg perjuangkan islam dan nasib rakyat bukan mcm ni kutuk ahli je patutnye kutuk pemimpin yg tak menjalankan amanah rakyat...piiirah....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping