Khamis, Oktober 10, 2013


Hah! Nak ke mana pulak tu Husam? Dah puas dah meroyan kat dalam sidang DUN dan menghentam pihak Rejim PAS sendiri terus nak lari ke?

Orang macam ni yang nak dijadikan sebagai Timbalan Presiden PAS Pusat? Yang boleh dikatakan mampu untuk meneruskan perjuangan Ulama?

Dalam hati hitam pekat dengan dendam terhadap sesama sendiri. Berdendam pulak bukannya pada orang luar, tapi pada sahabat seperjuangan dia.

Hanya semata - mata sebab dia tak dilantik menjadi Exco Rejim. Itu sahaja yang membuatkan dia berdendam dan sanggup mengaibkan Rejim sendiri.

Pun masih lagi ada pihak yang nak angkat orang macam ni menjawat jawatan lebih tinggi dalam parti? Sedangkan dalam Rejim pun dia sanggup bogelkan, inikan pulak dalam parti. Lagi la Si Husam ni sanggup tikam belakang!!!
Sebenarnya bukan Hussam Musa sahaja yang tidak mendapat perkenaan Tuaku Sultan Kelantan malah Dato Shukri bekas Penasihat Tuanku Sultan juga ditolak oleh Tuanku. 

Untuk makluman, Dato Shukri yang sebelum ini merupakan penasihat Tuanku Sultan Kelantan telah dipecat oleh Istana ekoran laporan yang mengaitkan salah guna kuasa apabila wang RM800 ribu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Tuaku Sultan Kelantan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Dato Shukri. 

Ekoran daripada pendedahan tersebut Tuanku Sultan menjalankan siasatan dan mendapati laporan tersebut adalah benar dan Tuanku Sultan menitahkan agar wang RM800 ribu dikembalikan kepada Yayasan Sultan Kelantan. 

Kebijaksanaan Tuaku Sultan tidak berakhir disitu sebaliknya Tuanku melakukan penyiasatan akan penyelewengan yang berlaku tanpa pengetahuan beliau sepanjang Dato Shukri menjadi penasihat Tuanku Sultan. Ternyata Tuanku Sultan tepat apabila mendapati Dato Shukri telah menjalankan kerjasama dalam merompak hasil balak Kelantan bersama dengan Hussam Musa EXCO Kerajaan Negeri disamping peguam utama Hussam musa sendiri Fauzi yang melakukan kerja dokumen dan pembersihan dalam kerja kotor yang dilakukan. 

Modus operandi mereka cukup licik yang mana Hussam Musa melalui peguamnya dan beberapa pegawai kerajaan Negeri mendokumentasikan permohonan untuk mengorek bijih besi dikawasan balak. Dato Shukri yang mempunyai kuasa tanpa pengetahuan Tuanku Sultan telah meluluskan permohonan Hussam Musa itu agar kawasan yang kononya didakwa mempunyai bijih besi diterokai. 

Hakikat sebenar modus operandi mereka adalah untuk menebang balak dan setelah balak ditebang maka mereka akan melaporkan tidak ada bijih besi dijumpai. Kegiatan ini berterusan dari masa ke semasa yang mana kumpulan Dato Hussam dan Dato Shukri telah mengaut berpuluh puluh juta hasil dari modus operandi mereka. 

Tuanku Sultan telah mengetahui kegiatan mereka ini dan atas sebab itulah Dato Shukri dipecat dari Istana dan Hussam Musa dipecat dari jawatan Exco Kerajaan negeri. - Sebastian Phui
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping