Khamis, Oktober 10, 2013


Perebutan kuasa pimpinan PAS di Putrajaya dan Batu menggambarkan adanya "Robin Hood berkopiah" di dalam parti tersebut. 

Menurut Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Shukri Shuaib, gerakan menjatuhkan pemimpin di dua kawasan itu tidak mencerminakn perjuangan mereka yang kononnya berteraskan agama Islam. 

Beliau berkata, PAS sepatutnya menjaga etika setiap pemimpinnya dalam apa jua keadaan bagi menjaga dasar perjuangan mereka selam ini.

"Dalam PAS ada 'Robin Hood', dia mencuri pakai kopiah. Bila mencuri pakai kopiah takkan nak kata mencuri cara Islam.

"'Robin Hood' yang memakai kopiah, ini masalah dalam PAS, banyak Robin Hood pakai kopiah, yang menggunakan agama tetapi berwatakkan 'Robin Hood'.

"Apa yang berlaku di Putrajaya dan Batu merupakan realiti, politik realiti dalam PAS yang tidak indah sepertimana yang digambarkan atas kedudukan Islam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Antarapos. 

Beliau menambah, pemimpin PAS juga tamak pada pangkat dan kedudukan dalam parti.

"Dalam kepimpinan PAS itu sendiri itu pun ada mereka yang sanggup melakukan perkara-perkara yang negatif, sanggup sabotaj sesama sendiri dan sebagainya.

"Mereka sebenarnya bukan pejuang Islam, mereka perjuang kepada kedudukan, pangkat dan juga perkara-perkara duniawi," katanya lagi. 

Portal The Malaysian Insider sebelum ini mendedahkan gerakan menjatuhkan pemimpin yang berlaku dalam mesyuarat agung PAS Wilayah Persekutuan melibatkan Putrajaya dan Batu. 

Gerakan terbabit berjaya menukar kepimpinan di Putrajaya namun gagal di Batu apabila pemimpin kawasan itu berjaya mengekalkan jawatannya. 

Penganalisis Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum anak Jawan berkata perebutan jawatan adalah perkara biasa dalam mana-mana parti mahupun organisasi. 

"Perebutan kuasa memang biasa, sekarang ini rasanya lagi menarik untuk perebutan kuasa kerana PAS sebuah parti komponen yang penting dalam Pakatan Rakyat, jadi saham tengah naik, semua orang berebut nak jadi pemimpin.

"Bukan satu yang luar biasa kalau berebut kedudukan, dalam lima tahun atau 10 tahun yang dahulu PAS bukanlah sebuah parti yang dominan, tapi sekarang PAS amat penting dalam PR, sudah tentu perebutan jawatan semakin rancak.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping