Alamak ai!!! Macam mana cerita ni boleh pecah beb? Macam ada orang saja nak sabotaj PAS je sebab isu ni hanya orang dalam je yang tau.
Mana tidaknya. Siapa yang tau hubung kait calon dengan Si Phahrolrazi tu kalau bukan orang PAS sendiri yang membocorkannya ye tak.
Sebelum ini, puas la pemimpin - pemimpin PAS tu panjat pentas dan cuba memujuk pengundi Sungai Limau dengan menjual nama Allahyarham Ustaz Azizan Razak.
Puas la diorang jaja cerita kononnya calon PAS yang bertanding kali ini merupakan 'Anak Didik' kepada Allahyarham. Sekali lain pulak ceritanya.
Dengar kata, calon PAS dalam PRK Sungai Limau ni ada pertalian saudara dengan Si Phahrolrazi tu. Katanya calon PAS tu merupakan anak saudara Phahrlrazi sendiri.
Semua orang tau bahawa hubungan Allahyarham Ustaz Azizan Razak dengan Si Phahrolrazi tu macam air dengan minyak. Jauhnya umpama langit dan bumi.
Hakikatnya, Si Phahrolrazi ni la duri dalam daging yang memburuk - burukkan pimpinan Allahyarham Ustaz Azizan Razak sewaktu Allahyarham menjadi Menteri Besar.
Malah turut dikatakan bahawa Si Phahrolrazi ni merupakan dalang disebalik konflik kepimpinan yang wujud dalam PAS Kedah sebelum ini.
Nah!!! Sekarang, adakah pengundi Sungai Limau masih lagi akan memilih calon yang juga merupakan pemusnah kepimpinan Ustaz Azizn tu sebagai wakil rakyat mereka?
Jika PAS benar - benar mahu perjuangan Allahyarham Ustaz Azizan diteruskan, maka tidak selayaknya calon mereka kali ini diturunkan sebagai pilihan utama.
Kenapa mereka menolak nama anak kepada Allahyarham dan tidak dijadikan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil kali ini? Nampak sangat ada udang disebalik batu.
Belum apa - apa lagi, calon yang diturunkan oleh PAS dah menipu rakyat dalam sidang media yang diadakan sebelum ini. Kalau dah dapat jadi wakil rakyat nanti, entah apa pulak yang dia akan buat!!!
Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Azizan mempertikaikan tindakkan calon PAS tergamak berbohong kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah.Keluarga arwah juga kesal kerana calon PAS mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon PAS ini merupakan salah seorang yang menentang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam-diam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.