Heh! Nak marah pasal apa pulak Si Mahfuz Bean? Tak pasal - pasal je dia nak naik angin tak tentu arah ni kenapa? Sebab perkara yang dinyatakan tu benar belaka.
Tu sebabnya Si Mahfuz Bean tu bagai nak gila dalam sidang media yang diadakan malam semalam. Dia sendiri dah terasa pedas cili yang dimamah sebelum ini.
Dalam sidang media semalam, Si Mahfuz Bean ni dengan tegas menafikan bahawa dia terlibat dalam konflik kepimpinan PAS Kedah sewaktu zaman Allahyarham Tok Jan.
Kata Mahfuz, dia tidak pernah menolak kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak dan tidak terlibat lansung dalam mana - mana kem yang menimbulkan konflik tersebut.
Itu kata Si Mahfuz. Mungkin hari ini dia boleh nak mengaburi mata orang dengan menafikan dakwaan sedemikian. Tapi hakikatnya dia tak dapat menolak Kebenaran.
Mungkin Mahfuz ingat orang dah lupa apa yang dia buat ketika itu. Mungkin dia ingat orang tak tau bahawa dia pun tidak membawa sebarang penyelesaian kemelut yang melanda.
Perlu diingatkan bahawa Si Mahfuz Bean ni sendiri pernah kata yang dia tak nak masuk campur lansung dalam kemelut yang melanda PAS Kedah.
Dia sikit pun tak nak ambik tau tentang isu yang ditimbulkan oleh ahli PAS diperingkat akar umbi pada waktu itu. Dia seolah - olah nak lepas tangan dan biar kemelut tu berlarutan.
Malah, tidak cukup dengan itu. Mahfuz sendiri tampil mengesahkan bahawa konflik PAS Kedah benar - benar wujud dan mengakui bahawa PAS Kedah dah berpecah kepada dua.
Satu yang menyokong kepimpinan Allahyarham Tan Sri dan satu lagi puak - puak yang menentang. Dimana kedudukan Mahfuz pada ketika itu?
Dia hanya duduk atas pagar dan menjadi pemerhati sahaja. Dia biarkan Tan Sri Azizan dikutuk dan dihina oleh puak - puak yang menentang Allahyarham.
Sekarang dia nak kata yang dia ada hubungan baik dengan Allahyarham? Sekarang baru dia nak cakap yang dia ada disisi Allahyarham Tan Sri pada saat - saat yang diperlukan?
Ternyata, kenyataan Si Mahfuz Bean tu hanya merupakan satu dakyah pembohongan semata - mata. Sekadar dia nak menutup kemaluan diri dia je sebenarnya.
Kesimpulannya, Si Mahfuz Bean tu tak dapat lari dari Kebenaran. Sekarang, apa yang perlu dia buat hanya menerima Kebenaran tersebut dengan tangan yang terbuka. Bukannya naik angin tak tentu arah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.