Hahaha!!! Panas beb, Panas!!! Mau berdesing telinga puak - puak Parti Angguk Saja tu kalau dengar apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah ni.
Merah mata beb bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Paduka Mukhriz ni sebab apa yang dia katakan tu ada Kebenarannya jugak.
Hakikatnya, puak - puak Parti Angguk Saja ni turut serta dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ni bukan sebab nak berkempen untuk calon diorang.
Yang sebenarnya, diorang nak berkempen untuk diri diorang sendiri. Macam yang SH katakan sebelum ni jugak la. Masing - masing semuanya sekadar nak tunjuk muka.
Semua orang tau, bulan depan dah masuk pemilihan PAS. Jadi, inilah masanya diorang nak tunjuk kehebatan masing - masing supaya perwakilan akan dapat lihat.
Tujuan diorang hanya untuk menunjukkan yang masing - masing ada kemampuan dan layak untuk diangkat menjadi pemimpin diperingkat atasan. Itu je tujuannya.
Maka sebab itulah YAB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sendiri pun boleh berasa hairan dengan keikhlasan pemimpin - pemimpin PAS yang turun ke Sungai Limau ni.
"Jadi hadirnya pemimpin-pemimpin mereka hadir di sini adakah untuk memenangkan calon atau hendak berkempen diri mereka sendiri?"Jawatan Presiden Pas sudah menang, namun jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden semuanya dipertandingkan. Saya tertanya-tanya adakah mereka datang ke sini untuk kempen pilihan raya atau pemilihan Pas?" tanya Mukhriz.
Kalau tengok dari segi gerak kerja diorang, tak nampak pun macam diorang tu nak berkempen untuk memenangkan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau ni.
Cakap dalam media pun berbelit - belit. Dulu kata nak teruskan legasi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Semalam cakap tak nak ikut bayang - bayang Allahyarham.
Yang mana satu diorang nak ikut ni sebenarnya? Bab nak meletakkan pendirian dan hala tuju dalam kempen ni pun jadi satu masalah besar bagi diorang. Macam mana diorang nak memerintah Negara kalau itu pun diorang tak boleh nak buat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.