Inilah bahananya bila suka sangat buat kerja Haram. Maka sampai kesudah la diorang bergelumang dengan dosa dan diselubungi kesesatan yang nyata. Yang terlibat pun sama bersubahat.
Tapi dalam masa yang sama, diorang dok sibuk bercerita pasal orang lain dan menuduh orang lain sebagai entiti yang tidak melaksanakan Keadilan dan menegakkan Kebanaran.
Mungkin ini khifarah bagi kita yang tak terlibat supaya kita dapat melihat dan memilih diantara yang benar dan yang dusta. Kot kalau kita masih tak nampak jugak, malang sungguh la jawabnya. Memang sah buta la orang yang dok masih menyokong tu!!!
GEORGETOWN - Semua pihak diminta supaya sensitif terhadap penggunaan jawatan rasmi pemimpin DAP berikutan parti itu belum memperoleh pengiktirafan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan September lalu.Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor berkata, hal itu perlu dititikberatkan terutamanya pihak media berikutan DAP kini adalah sebuah parti yang tidak sah.“Perkara ini mungkin nampak kecil tetapi hakikatnya DAP sedar akan hal ini, cuma kita yang masih mengiktiraf mereka dengan menggunakan jawatan rasmi mereka sedangkan mereka tidak lagi memegang jawatan rasmi itu. Hal ini perlu diambil berat bagi mengelakkan rakyat keliru.“Ingin saya tekankan, selagi ROS tidak iktiraf DAP, maka sampai bila-bila pun parti itu dianggap tidak sah. Jika benar DAP berasakan mereka betul, saya cabar DAP heret ROS ke mahkamah untuk menuntut kebenaran. Hanya mahkamah yang layak membuat keputusan dalam isu ini,” katanya kepada media, semalam.Zulkifli berkata, semua keputusan dibuat CEC selama ini tidak sah dan diibaratkan sebagai keputusan yang dibuat sekumpulan individu sahaja.“Apa saja keputusan yang dibuat CEC selepas tidak disahkan ROS adalah tidak sah malah keputusan penyingkiran ahli dan pelaksanaan konvensyen di peringkat negeri juga tidak sah.“Saya minta supaya semua pihak tidak terkeliru dengan mereka ini. Mereka yang mengiktiraf mereka sendiri sedangkan melalui undang-undang, terang-terang tidak sah,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.