Petaling Jaya - Ahli Parlimen Shah, Alam Khalid Samad diingatkan supaya tidak hanya mengeluarkan kenyataan retorik politik sebaliknya cuba untuk mengurangkan kenaikan mendadak kadar lesen perniagaan dan perindustrian yang dikenakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Kenaikan kadar lesen perniagaan dan perindustrian di Shah Alam dilaporkan akan naik bermula tahun 2014 setelah 26 tahun tidak berlakunya kenaikkan.
Kenaikan itu mendapat kritikan daripada Khalid yang berpendapat tindakan itu terlalu mendadak dan tidak adil untuk peniaga.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno-Semenyih Datuk Johan Abd Aziz, kenyataan Khalid itu seperti hanyalah sandiwara beliau untuk dilihat sebagai pejuang rakyat.
“Masa perbincangan MBSA untuk menaikkan kadar tersebut, Khalid sebagai Ahli Parlimen Shah Alam mesti dipanggil sekali untuk berbincang dengan ahli majlis.
“Mustahil Khalid tidak mengetahui perkara ini sebelum ia dinaikkan. Lagipun ahli-ahli majlis terdiri daripada orang-orang parti dia juga. Jadi dia mesti sudah tahu perkara ini, kenapa lepas dinaikkan baru bersuara?,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Tambahnya lagi, walaupun sudah lama kadar tersebut tidak dikaji, namun kenaikkan kali ini disifatkannya terlampau tinggi.
“Kalau nak naikkan pun naikkan la dalam 10% hingga 20% tak payah la kira dah berapa tahun tak naik. Kalau kira macam tu, Barisan Nasional (BN) lebih bagus sebab tak naikkan kadar (semasa mentadbir Selangor). Kata Selangor ini negeri berkebajikan,” katanya.
Johan berkata perkara ini jelas membuktikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) itu hanya mahu menunjukkan prestasi kewangan yang baik tanpa memikirkan implikasi keputusan itu kepada rakyat.
PS: Ala, apa nak heran. Puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang macam tu perangainya. Setakat pandai bercakap je diorang ni.
Semuanya wayang belaka. Nak harapkan diorang buat apa yang diorang cakap, mimpi je la!!! Bak kata sesetengah orang tu, puak - puak Pakatan ni semuanya N.A.T.O - No Action Talk Only!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.