Sabtu, Disember 28, 2013


Seorang pelajar warga Pakistan dipenjara sehari dan didenda RM1,800 selepas mengaku melakukan kesalahan mencium kekasih rakannya.

Mahkamah majistret menjatuhkan hukuman tersebut kepada Syed Hassan Lal Gilani, 24, dan turut mengarahkan menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Syed Hassan didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan dengan mencium pipi wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Danau Idaman Kondo, Taman Desa, Jalan Klang Lama, kira-kira jam 10.55 pagi, 30 Ogos lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam S Seelan memohon hukuman penjara sehari diberikan ke atas anak guamnya kerana menyesal dengan perbuatannya dan telah direman 18 hari sebelum dituduh.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda, sebat, atau dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan.

PS: Pelikkan? Yang kantoi bercium boleh kena penjara. Tapi yang kantoi liwat dan main dengan Chinadoll siap boleh berguling tengah jalan apa cerita?

Malah boleh pergi berjimba - jimba keluar Negara cari awek Mat Salleh lagi sambil naik jet peribadi, memburuk - burukkan imej Negara. Pun masih tak de sebarang tindakan? Heran sungguh!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping