Jumaat, Disember 27, 2013


Haduhai!!! Kenapa la geng - geng awek gediks ni ramai sangat yang suka buat kerja yang bukan - bukan dan memalukan diri sendiri? Diorang tak sedar ke benda yang diorang buat?

Jika sebelum ni, Ketua awek - awek gediks ni kantoi bila dia menggunakan gambar palsu untuk menipu dan menabur cerita fitnah terhadap PERKASA. Kali ini, anak buah dia pulak.

Cuma kali ini, awek gediks tu tak de la buat gambar atau tabur cerita fitnah. Tapi dia keluarkan kenyataan yang jelas hanya memalukan diri dia sendiri tanpa dia sedar.

Katanya, rakyat perlu bijak memilih pemimpin yang pandai mengurus tadbir kewangan bagi memastikan impak kos sara hidup dikalangan rakyat dapat dikurangkan.
“Semua perkara yang menyakitkan ini saling berkait, jadi kita sendiri sebagai rakyat perlu belajar dari kesilapan lalu untuk memilih pemimpin yang mahu, tahu dan mampu menjaga masalah kita sebagai rakyat,” katanya.
Heh! Awek Gediks ni perasan atau tidak yang dia sebenarnya cuba menyindir Menteri Besar dia sendiri bila dia bercakap macam tu dalam laman blog dia?

Dia yang jadi Exco Rejim Pakatan Selangor juga sebenarnya turut bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor tu dalam bab membebankan rakyat secara terang - terangan.

Dikala mereka menuduh Kerajaan Pusat menghimpit rakyat dengan bebanan kos sara hidup, mereka sendiri mencelup jari dengan menaikkan caj lesen perniagaan pada kadar 400 peratus.

Malah, mereka juga turut membebankan rakyat dengan 3 cukai berbeza yang perlu dijelaskan oleh rakyat bagi meneruskan perniagaan mereka disekitar kawasan Selangor.

Tu belum termasuk cukai pintu yang dinaikkan pada kadar 120 peratus bagi semua penduduk dalam Negeri Selangor. Pun Awek Gediks tu tak nak mengaku jugak ke?

Pun dia ingat dia dah pandai sangat memilih pemimpin yang tau nak menguruskan kewangan Negeri sehingga membebankan rakyat sedemikian rupa semata - mata nak naikkan gaji mereka sendiri?

Sudah - sudah la nak menipu rakyat ni. Kalau setakat cakap je tapi tak cerminkan diri sendiri baik tak payah!!! Buat memalukan diri sendiri je buat apa. Tak mendatangkan faedah lansung!!! Sedar diri tu dulu, baru tegur orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping