Sabtu, Disember 28, 2013


Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kuala Selangor, Mohd Azamanizam Bahron menyifatkan langkah kerajaan negeri menaikkan kadar lesen perniagaan sebagai tidak wajar lantaran terlalu tinggi.

Menurut beliau, langkah tersebut mencerminkan sikap kerajaan negeri yang cakap tidak serupa bikin seperti yang dilaungkan-laungkan sebelum ini kononnya merupakan sebuah negeri berkebajikan.  

"Kerajaan negeri Selangor adalah kerajaan yang memperkatakan tentang isu rakyat, memahami denyut nadi rakyat.. tapi dalam masa yang sama menaikkan sesuatu perkara. Jadi ia tak seiring. 

"Anda kata rizab negeri bertambah, kutuk BN apa semua, tiba-tiba anda pula naikkan," katanya ketika dihubungi Antarapos.  

Walau bagaimanapun menurut Azamanizam, sekiranya kenaikan tersebut tetap diteruskan, beliau berkata kerajaan negeri seharusnya memberikan 'sesuatu' sebagai pulangan kepada harga yang dibayar oleh peniaga atau usahawan.

Katanya lagi, pihaknya sendiri turut mencadangkan beberapa inisiatif kepada kerajaan negeri dalam usaha membangunkan usahawan Melayu dan Bumiputera agar tidak terpinggir, seperti penyediaan ruang niaga yang lebih banyak kepada golongan tersebut khususnya di bandar. 

"Tapi sekiranya kalau berlaku kenaikan, maknanya cadangan itu tetap diteruskan, saya minta keprihatinan kerajaan negeri yang memfokuskan ruang niaga, aksesabiliti, promosi, mungkin ada skim pinjaman yang lebih baik, mungkin skim Mimbar diperluaskan lagi untuk membantu usahawan terutamanya golongan muda.

"Kita tak mahu jadi seperti di Pulau Pinang, timbul isu diskriminasi maknanya peniaga Bumiputera yang meniaga di atas tanah rizab kerajaan diambil tindakan, sedangkan peniaga kaum lain dikompaun saja,"katanya lagi.  

Minggu lalu, media melaporkan kenaikan lesen perniagaan di beberapa daerah di Selangor yang naik secara mendadak sehingga mencecah 400 peratus sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan peniaga, sehingga dikatakan memberi kesan kepada kos perniagaan.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat oleh PBT pada mesyuarat bulanan secara berperingkat sejak pertengahan tahun ini.

Ia dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007 (UUK-PTPP) yang diluluskan pada tahun 2007, setelah beberapa tahun ditangguhkan pelaksanaannya. 

PS: Mungkin, Rejim Pakatan di Selangor tu dah pekak kot. Bak kata seorang Pak Menteri ni, pengguna pun tak de buat laporan. Jadi, diorang ingat semua rakyat sokong la kenaikkan tu!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping