Sabtu, Disember 28, 2013


Inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Suka sangat diorang ni mencari salah orang lain sedangkan diri sendiri tak betul jugak bawaannya.

Contoh mudah kita ambik soal kenaikkan kos sara hidup. Diorang dok bising pasal Kerajaan Pusat ambik tindakan melulu. Yang Rejim Pakatan Selangor buat tu, diorang tak nampak.

Tak nak pulak diorang ambik tindakan dan buat Himpunan secara besar - besaran untuk membantah keputusan yang telah ditetapkan. Kenaikkan pulak bukan sikit - sikit.

Sampai kadar 400 peratus kenaikkannya. Pun diorang masih tak nampak lagi ke? Pun diorang masih nak membutakan mata dan memekakkan telinga?

Kali ini, diorang nak cerita pasal isu Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diminta supaya menambah-baik 'Standard Operating Procedur' mereka. Yang bercerita pulak Si Mahfuz Bean tu. Lagi la tak boleh blah!!!

Hakikatnya, apa yang disarankan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini adalah demi penambah-baikkan terhadap SOP sedia ada. Bukannya semua SOP tu tak bagus.

Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mencari langkah yang lebih responsif terhadap SOP sedia ada bagi menghadapi bencana dimasa akan datang. Tapi Si Mahfuz Bean ni bukan faham.

Bagi dia, dengan merombak jawatankuasa sedia ada, langkah yang lebih Pro Aktif lebih memberi kesan gamaknya. Walhal, kalau SOP tu tak berubah, apa pun tak boleh.

Sama jugak la dengan Rejim Pakatan Selangor tu. Jika mereka tidak mampu nak mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, kenapa Si Mahfuz Bean tu tak suruh tukar je semua sekali?

Suruh la Si Khalid Ibrahim tu turun dan digantikan dengan orang lain. Kenapa Si Mahfuz Bean tu tak nak tegur pulak sebaliknya hanya mendiamkan diri pasal isu tu?

Yang sepatutnya dipersoalkan ialah apa tindakan PAS sendiri ketika menghadapi keadaan dan situasi seperti yang berlaku sebelum ini? Pun tak de tindakan yang efektif pun yang diambil.

Malah ADUN PAS Tanjung Lumpur pun hanya bergantung harap kepada pihak Majlis Keselamatan Negara jugak. Bukannya dia boleh ambik tindakan sendiri!!!

Maka kesimpulannya, usah la kita nak kecoh sangat benda yang kita sendiri pun tak mampu nak lakukan. Kot kalau sekadar bagi komen hanya untuk memburuk - burukkan orang lain tanpa memberi sebarang faedah, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping