Selasa, Disember 17, 2013


Kalau sesiapa tengok rancangan Realiti TV yang mempertandingkan masakan tu, dah tentu kenal siapa Mamat Propa yang SH maksudkan. Fames Mamat tu satu Malaysia.

Malam - malam macam ni, terasa pulak nak bergosip. Tapi gosip ni ada jugak kaitannya dengan Politik tau. Maklum la, keluarga Mamat Propa tu kan ada kaitan dengan Politik.

Kalau kita tengok gelagat Mamat Propa tu dalam rancangan tu, memang sebijik dia tiru perangai Si Ketua Penipu tu tau. Ada saja benda aneh yang dia buat.

Dah la pakaian dia tu entah apa - apa. Perangai pulak memang pelik. Kelaku dia seakan - akan golongan yang suka sangat dek Si Ketua Penipu tu. Sama ada L, G, B atau T, terpulang la.

Tapi, apa yang jelas, perangai buruk yang Mamat Propa tu bawak dalam rancangan Realiti TV tu yang kita tak boleh tahan tu. Taktik yang dia guna memang sama.

Nak pulak kalau Si Mamat Propa tu masuk pusingan penyingkiran. Ada saja gimik murahan yang dia buat untuk meraih simpati dari kalangan juri. Mujur juri tu semuanya bijak belaka.

Minggu lepas, masa dia masuk pusingan penyingkiran, dia masuk ke dapur dengan berjalan berdengkot - dengkot. Siap bawak surat dari doktor kata dia tak boleh nak berdiri lama - lama.

Kan alasan tu sama jugak dengan alasan yang selalu diberikan oleh Si Ketua Penipu tu selama perbicaraan kes liwat dia terhadap Mohd Saiful tu berlansung.

Pun macam - macam jugak alasan yang dia buat semata - mata untuk mengelakkan diri dari menghadiri perbicaraan kes tersebut. Ada saja helah yang dia buat.

Malah, dia jugak seringkali menggunakan alasan kesihatan sebagai penyebab untuk dia mintak kes tersebut ditangguhkan. Kalau tak dia yang sakit, peguam dia sakit.

Macam tu la yang dia ulang berkali - kali hanya semata - mata dia takut nak menghadapi KEBENARAN. Itu je sebabnya. Bukan sebab dia nak tegakkan Keadilan sangat.

Tapi, kita tak heran la kalau Mamat Propa tu boleh ikut jejak langkah Si Ketua Penipu tu kan. Dah Si Ketua Penipu tu idola dia, nak buat macam mana. Tu pasal la perangai pun lebih kurang je diorang berdua tu. Ada buat semak, tak de aman dunia dibuatnya!!! Jangan marah...
Categories: ,

1 ulasan:

  1. " Minggu lepas, masa dia masuk pusingan penyingkiran, dia masuk ke dapur dengan berjalan berdengkot - dengkot. Siap bawak surat dari doktor kata dia tak boleh nak berdiri lama - lama.

    Kan alasan tu sama jugak dengan alasan yang selalu diberikan oleh Si Ketua Penipu tu selama perbicaraan kes liwat dia terhadap Mohd Saiful tu berlansung."


    - Hahahaha....betul lah, guna taktik yg sama dgn Nuar Brahim. :)))

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping