Khamis, Januari 16, 2014


Memang sah nampak gayanya Si Khalid Ibrahim seorang Menteri Besar Kangkung. Mungkin sebab dia banyak sangat makan kangkung kot sampai terbogel diri sendiri pun dia tak perasan.

Hanya semata - mata kerana nak selamatkan diri sendiri, Si Khalid Ibrahim sanggup mengambing-hitamkan dan menjadikan PKNS sebagai Kangkung. Memalukan sungguh!!!

Sekarang semuanya dah terdedah, apa pulak yang Khalid Ibrahim ni nak kata? Masih lagi dia nak bagi alasan kononnya dia tak de kaitan dengan isu pengguguran Azmin tu?

Pun masih lagi dia nak menipu rakyat secara terang - terangan sedangkan Kebenaran dah ada didepan mata? Apalah malangnya nasib rakyat Selangor. Dapat Menteri Besar perangai macam Kangkung. Banyak mengabihkan masa je kerjanya!!! Buat kerja satu hapah pun dia tak reti!!!
SHAH ALAM - Siapa sebenarnya pecat Azmin Ali ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selang0r (PKNS)? Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar atau Tan Sri Khalid Ibrahim?

Jika kenyataan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek ini dijadikan bukti, Khalid kantoi lagi .

Ini kerana dalam sidang media pada Rabu, Khalid menuduh Othman mengeluarkan arahan mengugurkan Azmin, Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu.

Dalam sehari Khalid beri jawapan berbeza isu Azmin dan Pusat Giat MARA

Khalid juga kantoi dalam isu arahan pindah Pusat Giat Mara Selayang apabila memberitahu pusat berkenaan kena tingkatkan prasana sedangkan notis jelas mengarahkan pindah tanpa ganti rugi dan pampasan.

Menurut Norita, bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Exco dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS.

“ PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan MMKN Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Apa yang sebenarnya berlaku? Kerajaan Selangor tidak seharusnya bermain drama dalam hal ini kerana PKNS satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum majoriti di Selangor iaitu orang Melayu.

Khalid kena buktikan Azmin digugurkan daripada PKNS memang arahan Pengurus Besar jika tidak Khalid kena terima kenyataan beliau berbohong dalam isu ini.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ni mesti lepas Najib Uum harga kangkung turun ni, patot perut2 Lembu2 UMNO memboyot je kat Kondo Syarizat kah kah kah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping