Siapa sangka beb. Dalam ramai - ramai orang yang ada dalam Malaysia ni, Si Azmin tu dah diselamatkan oleh Si Khalid Ibrahim biarpun ramai yang tak puas hati dengan Khalid.
Maka, mula la songeh muka - muka Pencacai Azmin tu bila Khalid berikan jawapan dibawah. Khalid kata dia tak ada kaitan lansung dengan isu pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Jelas Khalid, dia memang tak de kaitan pun dengan isu tu. Yang ambik tindakan Pengurus PKNS tu sendiri. Dalam erti kata lainnya, Pengurus PKNS tu yang menyampah tengok muka Azmin.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang pengguguran Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ada kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadualkan Mei ini.Abdul Khalid berkata, ini kerana keputusan tersebut pada permulaannya tidak dibuat oleh kerajaan negeri sebaliknya oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar."Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco negeri di sini Rabu.Dalam pada itu, Abdul Khalid menyatakan tidak tahu ketika ditanya sama ada pengguguran Azmin itu dibincangkan di peringkat Anggota Lembaga Pengarah PKNS."Tapi surat mengenai pengguguran telah diberi kepada Azmin dan beliau menerimanya," katanya.
Pergh!!! Memang malu woo!!! Mana Pencacai - Pencacai Azmin tu nak letak muka bila Khalid jawab macam tu? Takkan diorang masih lagi nak menegakkan benang yang basah dan menyalahkan Khalid dalam isu ni?
Sudah - sudah la nak main wayang ni woi!!! Rakyat dah menyampah dah tengok diorang ni. Banyak sangat ber'Politiking' tak tentu arah sedangkan kepentingan rakyat diorang abaikan.
Kot kalau nak beramuk merebut jawatan dalam parti, itu diorang punya pasal la. Tapi jangan la sampai kepentingan rakyat pun diorang boleh tolak ke tepi. Cakap nak jaga Kebajikan Rakyat, tapi sampai hari ni, satu Hapah pun diorang tak buat!!!
Mana boleh penurus besar buat keputasan mengenai ahli lembaga pengarah.
BalasPadam