Rabu, Januari 15, 2014


Kemungkinan besar semalam Si Khalid Ibrahim ni terlupa nak makan ubat jugak kot. Tu pasal la dia boleh tertido masa Exco dia buat kenyataan media berhubung isu Pusat Giat MARA ni.

Tak pun dia terlebih sangat makan Kangkung sampai hilang ingatan mengenai apa yang dinyatakan oleh Exco dia dalam laporan yang disiarkan sebelum ini.

Jika semalam, Exco Pakatan Selangor tu kata bahawa isu berkaitan dengan Pusat Giat MARA tu hanya mengenai isu tanah. Ianya tak ada kaitan lansung dengan pusat berkenaan.

Tapi lain pulak ceritanya hari ini. Bila Si Khalid Ibrahim tu buat kenyataan media, dia nafikan bahawa Pusat Giat MARA tu akan ditutup. Sebaliknya dia bangkitkan isu berkaitan dengan Prasarana di pusat tu.

Surat Arahan Pindah
Malah, kalau kita baca surat yang disiarkan awal pagi tadi pun jelas tak cerita pulak pasal bab prasarana. Cuma Pusat Giat Mara tu diberi tempoh setahun untuk berpindah.

Maka tak sama la isi kandungan surat tu dengan kenyataan yang dibuat oleh Khalid. Surat tu tak de bagi kata dua. Memang diorang suruh Pusat Giat MARA tu keluar je dari kawasan tersebut.

Nampak berbelit - belit sangat dah Si Khalid Ibrahim ni bila dia bagi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan dibawah kepimpinan dia sendiri. Makin hari makin bercelaru dah nampak gayanya.

Mungkin sebab terlalu banyak sangat masalah yang menimpa Rejim Kangkung pimpinan dia, maka sebab itulah dia pun jadi tak terkeruan. Macam - macam masalah dia tak dapat nak selesaikan.

Lepas isu penggunaa kalimah Allah oleh orang bukan Islam, naik pulak isu pasal JAIS. Kemudian datang pulak isu pasal pengurusan air. Tak cukup dengan itu, timbul pulak isu Azmin.

Sekarang dah ada pulak isu berkaitan dengan Pusat Giat MARA. Semua masalah tu masih lagi tak dapat diselesaikan oleh Khalid. Nampak sangat la yang dia memang tak layak nak mentadbir. Jadi, adalah lebih baik dia letak jawatan je dari terus memalukan diri dia sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping