Isnin, Februari 17, 2014


Belum pun tarikh 23 Mac tiba, nampak gayanya pemimpin - pemimpin PAS yang berhaluan Liberal sudah memulakan sesi pujuk memujuk diantara satu dengan yang lain.

Diorang sekarang ni dah mula dengan agenda membeli jiwa beberapa penyokong serta ahli - ahli PAS yang berada dibawah. Terutamanya disekitar kawasan Negeri Selangor.

Semuanya sebagai persiapa untuk mereka menghadapi laluan yang cukup getir yang boleh dianggap krisis paling besar dalam Pakatan Haramjadah iaitu hari pertabalan Si Ketua Penipu sebagai Menteri Besar Selangor.

Semua orang dah tau yang hampir keseluruhan kepimpinan serta akar umbi PAS menolak pertabalan Si Ketua Penipu tu sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Si Khalid Ibrahim.

Mereka bukan sahaja 'Membantah', malah mengecam tindakan PKR yang mengosongkan kerusi DUN Kajang hanya semata - mata untuk merealisasikan perkara tersebut.

Kepimpinan PAS di Selangor juga turut menyifatkan tindakan PKR yang jelas membelakangkan mereka dalam keputusan tersebut sebagai satu Penghinaan.

Bukan sahaja ianya penghinaan terhadap kepercayaan rakyat, tetapi ianya jelas satu penghinaan terhadap kepimpinan PAS di Negeri Selangor sendiri. Perkara itu sangat jelas.

Maka, mahu atau tidak, puak - puak Liberalis dalam PAS mula bergerak dalam memastikan agar tidak wujud penentangan dikalangan pemimpin - pemimpi mereka selepas 23 Mac nanti.

Mereka mahu semua kepimpinan PAS di Negeri Selangor secara khususnya, dan seluruh Negara amnya, menerima perlantikan Si Ketua Penipu tu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Gerak kerja ke arah itu memang sangat jelas dan memang dapat dilihat dengan nyata sama ada PAS sendiri sedar atau tidak. Dalam kenyataan AJK PAS Pusat memang nampak sangat perkara tu sedang digerakkan.

Jika tidak, kenapa pulak ada yang keluarkan kenyataan suruh semua ahli "Bersabar dan Terus bersama PAS dalam apa cara sekali pun"? Kan nampak diorang tengah memujuk?

Selama hari ini, pemimpin PAS sendiri sedar bahawa ahli - ahli diperingkat akar umbi tidak pernah sekali pun membantah atau menentang sebarang keputusan yang dibuat.

Mereka tetap juga 'Bersabar' dan terus 'Bersama PAS' dalam apa jua keadaan. Mereka tetap taat dan setia kepada parti. Jadi, kenapa pulak pemimpin PAS nak kena ingatkan diorang semula?

Adakah ahli - ahli PAS serta Penyokong - penyokongnya dah mula hilang sabar dan tidak lagi bersama mereka kali ini? Ya! Memang itulah hakikatnya. Diorang dah mula ragu - ragu.

Hakikatnya, bukan semua ahli serta para penyokongnya yang suka jadi Pak Angguk Saja kepada PKR mahu pun DAPigs. Maka sudah sampai waktunya untuk mereka menjelaskan pendirian mereka sendiri. Jangan setakat berjuang demi kepentingan diri sendiri je!!! Sampai sudah diorang tak dapat apa!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Semut cuba bayangkan kamera depan monitor ipad smartpon berfungsi tanpa disedari walaupun camera tak dionkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping