Isnin, Februari 03, 2014


Hek-Eleh!!! Entah apa - apa perangai ADUN Kajang ni. Memang sengal betul. Patut sangat la dia letak jawatan dia dari menjadi ADUN dikawasan Kajang tu. Tak boleh harap lansung.

Sudah la dia sendiri mengaku kata PKR tu tak amanah dalam menjalankan tugas. Lepas tu dia nak menggelupor pulak bila orang ramai buat tuntutan supaya dia disiasat oleh pihak SPRM.

Apa pasal pulak yang dia nak takut sangat kalau pihak SPRM ni siasat sama ada dia ada terlibat terima rasuah atau pun tidak? Biasanya, orang yang takut ni dia ada buat salah. Tu je kesimpulannya.

Lagi pun, yang buat desakkan tu pulak bukan orang lain beb. Yang buat desakan tu kebanyakkannya dari kalangan penduduk serta rakyat di Kajang tu jugak. Pun dia nak kata diorang buat dakwaan yang bukan - bukan ke?

Nampak sangat la yang diorang ni bukan sahaja nak khianati penduduk Kajang serta menghina mereka. Malah diorang siap tuduh orang Kajang tu semuanya tak de akal belaka. 

Tu pasal la dia keluarkan kenyataan dibawah. Kalau kita baca dari satu sudut, memang nampak jelas yang dia cuba membuat tuduhan tersebut terhadap penduduk di Kajang. Kot itu pun orang Kajang masih nak pilih PKR jugak, memang malang la nasib diorang!!!
SHAH ALAM: Selepas desakan pelbagai pihak supaya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang disiasat berhubung dakwaan peletakan jawatan beliau mempunyai unsur rasuah, hari ini Lee Chin Cheh tampil menafikan laporan tersebut. 

Malah, Lee ketika dihubungi Antarapos mengesahkan sehingga kini beliau masih belum dipanggil mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut.

"Yang ini, dia memang ada kebebasan untuk membuat sebarang tuduhan. Tapi untuk tindakan selanjutnya, saya akan rujuk kepada peguam-peguam saya," katanya kepada Antarapos. 

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi mendesak polis dan SPRM melakukan siasatan terhadap bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh kerana meletakkan jawatan jawatan secara mengejut Isnin lalu, bagi  memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi DUN Kajang itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping