Rabu, Mac 05, 2014


Heh! Ini baru betul - betul orang boleh panggil 'Macai'. Sanggup dia merayu supaya jangan dipisahkan dia dengan bos dia biar apa pun yang terjadi. Itu tahap Wala' tak ingat dunia tu.

Tak kira la apa pun yang dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini, Si Azmin ni kata dia tetap taat dan setia kepada Si Ketua Penipu tu sejak dari dulu, kini dan selamanya.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan taat setianya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun jawatannya dalam parti itu akan dicabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sudah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata perjuangannya bersama Anwar sejak 30 tahun lalu tidak akan digugat oleh sesiapa meskipun akhbar milik Umno, Utusan Malaysia acapkali melagakan dua pemimpin PKR ini.

“Anwar (sudah) saya kenal lama. Sebab itu saya pesan dengan Utusan, jangan cuba hendak pecahkan saya dengan Anwar. Saya sudah berkhidmat dengannya selama 30 tahun. 15 tahun semasa dalam kerajaan. Dia masuk penjara tujuh tahun, saya jaga keluarganya.


“Dia keluar penjara 2004, saya masih setia dengannya. Saya akan terus setia dan taat kepada Anwar. Bukan kerana batang tubuhnya tetapi idealisme perjuangannya, prinsipnya yang mempertahankan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika berucap di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.
Dari satu sudut, kita boleh lihat ucapan Si Azmin tu sebenarnya satu pengakuan terbuka berhubung dengan status jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandangnya pada ketika ini.

Biarpun Si Azmin tu masih belum memberi sebarang respon mengenai status jawatan tersebut, tapi dari apa yang dia ucapkan semalam memang cukup jelas.

Si Azmin tu secara tidak lansung dilihat cuba untuk menyampaikan mesej kepada ahli supaya mengekalkan dia sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang.

Umum tahu bahawa Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan dah buat pengumuman yang dia akan bertanding bagi jawatan Presiden PKR dalam Pemilihan parti tersebut.

Nampak gayanya, drama konflik dalam kemelut kepimpinan PKR ni masih belum menunjukkan sebarang tanda - tanda penyelesaian. Maka, sudah tentu pemilihan parti tu akan bertambah menarik. Makin banyak la kerusi terbang melayang nanti!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Boleh lah hg cakap macam tu.dah songlap kaw kaw masa jadi pembancuh kopi kat mof.mana dpt duit beli rumah kat taman TAR.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping