Bermula dengan gosip cinta bersama VIP, seterusnya pelakon filem Azura ini dikaitkan dengan hero filem sama, Shahz Jaszle sehingga menjadi punca perpisahan aktor itu dengan bekas kekasihnya, Maria Farida.
Bukan itu sahaja Neelofa turut dikaitkan dengan Fazura mengenai isu rampas kekasih sehinggalah dikatakan tidak bertuah selepas filem lakonannya tidak mendapat sambutan, isu tangkapan khalwat dan terbaharu, isu baju yang tidak sesuai dikenakan, mula menerjah kerjaya pelakon dan pengacara jelita ini.
Kontroversi demi kontroversi yang berlaku tanpa sedar mencalarkan imej gadis yang baru menginjak ke usia 25 tahun ini.
Tentu sahaja pasti ada yang berkata, artis baharu dan kontroversi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun bagi Neelofa sendiri, dia mengambil sikap yang positif, biarpun empunya badan sendiri sedar akan hakikat itu.
"Secara peribadi, saya sedar saya antara artis yang sentiasa terkait dengan kontroversi dan ada kalanya yang besar dan teruk-teruk. Malah saya juga pernah melalui jalan yang sukar untuk menghadapi kontroversi berkaitan diri saya.
"Apatah lagi ada kalanya kontroversi yang berlaku bukan datang dari diri sendiri sebaliknya khabar angin dan juga fitnah semata-mata, namun saya tiada kesempatan untuk memperbetulkan keadaan dalam masa yang singkat.
"Tetapi berkat kesabaran dan sikap konsisten untuk terus maju ke hadapan secara positif, lama-kelamaan orang luar akan lebih mudah mengenali diri kita," katanya yang kini bercuti bersama keluarga di London, Britain.
Neelofa berkata, biarpun ada di antara kontroversi yang dilaluinya itu begitu memalukan, namun dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. - Selanjutnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.