Fuh!!! Islamik sungguh Si Fuziah ni rupanya. Heran macam mana dia boleh jadi bekas Ketua Wanita JIM (Klik Sini) suatu ketika dahulu sampai benda ini pun dia nak bantah.
Melalui kenyataan media hari ini, Si Fuziah secara terang - terangan membantah arahan Majlis Ugama Islam Pahang melarang pihak Hotel meletakkan Bible dalam bilik.
Dalam kenyataan tersebut, Si Fuziah ni menegaskan bahawa arahan tersebut dianggap sebagai satu tindakan yang menghalang hak Kebebasan Beragama.
Wah!!! Nampak gayanya Si Fuziah ni pun nak promote Pluralisme dalam bab beragama jugak la ye. Sama la yang macam pernah dilakukan oleh Si Nurul Izzah sebelum ini.
Dulu, Si Nurul Izzah tu cetuskan kontroversi apabila mempersoalkan kenapa orang Melayu tak boleh keluar dari agama Islam dalam satu forum yang diadakan disebuah gereja.
Pada ketika itu, Si Nurul Izzah tu juga turut menyifatkan tindakan tersebut menghalang Kebebasan Beragama dikalangan orang Malaysia terutama bagi kaum Melayu.
Logiknya, untuk apa pihak Hotel nak letak kitab Bible dalam bilik jika bukan untuk mempromosikan agama tersebut kepada orang ramai?
Padahal, pihak hotel tu boleh sediakan Bible tu dimeja kaunter atau ditempat lain selain dalam bilik. Untuk apa diorang nak letak dalam bilik jugak? Itu persoalannya.
Tindakan MUIP tu perlu dilihat sebagai satu pencegahan. Bukannya sebagai satu halangan kepada mereka yang beragama Kristian. Kalau diorang nak baca, bawak sendiri la.
Kot orang Islam sendiri pun pada zaman sekarang ni nak baca Al-Qur'an boleh 'download' terus dalam telefon bimbit masing - masing. Itu pun belum tentu Si Fuziah ni baca.
Mana la tau ye tak. Kot dia sibuk sangat menjual roti, mana nak sempat baca Al-Qur'an biarpun dia dah download ke dalam telefon bimbit dia. Jadi, tak payah la Si Fuziah tu nak kecoh tak tentu arah macam orang hilang akal!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.