Sabtu, April 19, 2014


Sejak kali pertama blog ini menyiarkan kritikan pedas dari Si Wardina tu terhadap Ustaz Don Daniyal, banyak komen yang telah diterima dari para pembaca. (Klik Sini)

Kebanyakkan komen - komen yang ditinggalkan oleh pembaca semuanya mengecam dan mengkritik semula tindakan yang telah dilakukan oleh Wardina.

Biarpun Si Wardina tu dah pun meminta maaf dan ianya disiarkan juga dalam blog ini, tetapi tindakan dia tu pun terus mendapat respon yang negatif. (Klik Sini).

Apa yang jelas, komen - komen yang ditinggalkan oleh pembaca menunjukkan bahawa usaha Ustaz Don tu berdakwah mendapat sokongan ramai.

Dalam erti kata lainnya, Ustaz Don Daniyal ni pun ada ramai pengikut setianya. Dan mereka tidak rela sekiranya usaha Ustaz Don tu berdakwah dipertikaikan sewenang - wenangnya.

Sebelum ini, Ustaz Don sendiri pun telah menjelaskan mengenai kritikan yang dibuat oleh Si Wardina tu. Ianya dibuat bagi menjelaskan apa yang dipertikaikan. (Klik Sini).

Jika  kita baca dari apa yang diterangkan oleh Ustaz Don, ada betulnya juga penjelasan yang diberikan. Kenapa Si Wardina tu sekadar nak ambik video yang telah diedit?

Kenapa dalam video penuh yang disiarkan dalam laman Youtube sebelum ini tak nak pulak Si Wardina tu bagi pandangan dan teguran dia? Sebaliknya, dia hanya ambik pautan orang.

Antara persoalan yang diajukan oleh pembaca blog SH, adakah Si Wardina tu dah tanya kepada tuan punya badan mengenai isu tersebut? Jelas Wardina, dia tak tanya pun.

Tapi dia hanya mengambil jalan mudah iaitu mengkritik berdasarkan kepada apa yang telah disiarkan oleh pihak tertentu yang kemungkinan ada niat buruk terhadap Ustaz Don.

IRONIKnya, Si Wardina tu tak sedikit pun rasa bertanggungjawab dan mengkritik pihak yang menyiarkan video sekerat - sekerat tu terlebih dahulu.

Kenapa dia tak tanya mengapa Si tuan punya video tu hanya menyiarkan video yang telah diedit sekerat - sekerat? Apa tujuan dia buat kompilasi video sedemikian?

Tolong la! Realistik la sikit. Wardina tu seorang pelakon. Maka mustahil kalau dia tak dapat nak bezakan diantara video yang diedit dan yang disiarkan secara penuh.

Dalam bidang lakonan pun, apa yang dipaparkan dilayar lebar atau didalam kaca televisyen tak sama dengan apa yang berlaku dibelakang tabir. Benda tu Si Wardina ni cukup faham.

Jadinya, kalau setakat Si Wardina tu nak pertikai usaha Ustaz Don dengan hanya merujuk kepada satu video yang dia tengok, ianya adalah satu tindakan yang tidak adil. Maka ada baiknya dia pergi tanya sendiri kepada Ustaz Don dan jangan buat kesimpulan sendiri!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Nak tegur org berilmu, kena check dulu, apa yg kita rasa tak betul tu betul ke tak betul. Get second opinion dr beberapa ust dan ustzh dulu, dan jika pun ada asasnya, elok secara persendirian bukan terbuka agar yg nak ditegur boleh buat rujukkan dulu. Klu benda tu mmg salah, masyhur diklgn ilmuan ilmuan Islam mmg benda salah, tp diteruskan jugak oleh yg berkenaan, barulah mungkin didedahkan kpd umum agar tak terpengaruh.

    BalasPadam
  2. mungkin wardina rasa yang dia dah cukup bagus.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping