Ahad, Mei 11, 2014

"Apa? Ada Calon PAS Nak Bertanding??? JANGAN HARAP!!!" 
Kerusi Parlimen Bukit Gelugor adalah milik DAP justeru parti kompenan Pakatan Rakyat sama ada PAS atau PKR tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 25 Mei akan datang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun katanya, jika ada mana-mana ahli PAS atau PKR yang ingin bertanding perlulah mendapatkan kebenaran parti terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63, mahu bertanding PRK kali ini.

"Calon PAS mesti disahkan oleh pimpinan PAS. Jika calon peribadi, itu soal lain. Calon PAS hanya sah jika PAS telah memutuskan. Saya tahu bahawa PAS tidak memutuskan.

Mohamed Nabi Bux yang juga Setiausaha Pas cawangan Kampung Banjar, Batu Caves, dalam kenyataan sebelum ini berkata, beliau akan membuat permohonan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan kebenaran.

Mohamed Nabi Bux berkata jika menjadi calon pada PRK kali ini, beliau akan memperjuangkan pelaksanaan hudud di Pulau Pinang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Hatta Ramli memberitahu pihaknya sehingga kini belum dimaklumkan secara rasmi mengenai hasrat Mohamed Nabi Bux itu.

DAP sebelum ini juga turut menolak pencalonan imbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dinamakan sebagai calon bagi mengekalkan kerusi itu.

Anwar dalam pada itu menegaskan Pakatan Rakyat akan menyokong siapa sahaja calon yang diketengahkan DAP pada PRK P51 kali ini.

"Kerusi itu adalah kerusi DAP dan kita akan sokong calon dari mereka," kata Anwar yang ditemui selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Ramkarpal akn bertanding PRK bkt gelugor, apa kata DS najib letak anak nya benrtanding utk tkt BN...
    SELAMA NI PR dok canang UMNO kronisme,nepotisme yg depa tu dok susun ank beranak dlm parti pastu siap bertanding lagi itu apa nama nya?

    BalasPadam
  2. Pembela penjenyah. Tempat mengadu nasib.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping