Apa la yang nak diherankan sangat dengan Si Mat Syabun ni. Dia bukannya belajar tinggi mana sangat pun. Setakat baru dapat jejak kaki je, tak menjadikan dia seorang yang bijak.
Jadi tak payah la nak pelik sangat bila dia tak dapat nak bezakan antara berjalan dengan berarak. Kot berjalan beramai - ramai tu pun kira berarak la jugak.
Benda mudah macam tu pun Si Mat Syabun ni boleh jadi pening kepala. Memang patut sangat la dia tak dapat jadi Ahli Parlimen. Kalau tidak, memang malang sungguh la nasib rakyat sebab dapat wakil rakyat yang DUNGU macam dia!!!
SHAH ALAM: Sama ada berjalan atau berarak matlamat peserta Himpunan 1 Mei tetap sama iaitu menunjukkan bantahan kepada kerajaan Persekutuan, tegas Penganalisis Politik Dr Ahmad Martadha Mohamed.
Justeru apa jua alasan atau penerangan yang diberikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak akan mengubah situasi himpunan itu esok.
Himpunan 1 Mei diadakan bagi membantah pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa 1 April 2015.
"Apa juga nama atau gelaran sama ada berjalan atau perarakan atau sekalipun yang mereka gunakan sebenarnya matlamatnya sama sahaja.
"Sama ada mereka kata akan berhimpun aman sekalipun berjalan matlamatnya tetap sama kaedahnya sahaja berbeza.
"Walaupun mengatakan perhimpunan akan diadakan secara aman lebih kepada berjalan sahaja daripada perarakan namun tindakan sebegini tidak membawa apa-apa kebaikan bukan sahaja kepada mereka yang menuntut bahkan kerajaan terutamanya," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Kuala Lumpur dilaporkan memberi jaminan peserta Himpunan 1 Mei tidak akan berarak sebaliknya hanya berjalan daripada empat lokasi dan berakhir di Jalan Raja dihadapan Dataran Merdeka.
KAlau dah jadi ketua KELDAI tu keldai jugaklah.....berjalan dan berarak pun dah tak kenal. Mungkin Mat Sabu 121 ni pikiaq berarak tu kalau depa dok guling2 atas jalan kut....itu lah tahap pemimpin PAS-pis-pussy le ni....memang patut pun jadi keldai PR pooojaan depa tu....
BalasPadam