Pergh!!! Makin hari makin kejam nampak gayanya diorang ni punya permainan. Sampai tahap sanggup dirogol dan diliwat dirumah sendiri.
Tapi tak boleh jugak nak salahkan orang lain. Sebaliknya, mangsa tu kena salahkan diri dia sendiri. Yang dia sibuk nak jaga kawasan lain kenapa?
Itulah nasib yang diterima oleh calon Naib Presiden PKR, Si Rafizi Ramli tu bila dia jelas tidak mendapat sokongan dari keseluruhan ahli PKR dari Terengganu.
Tak heran la kenapa dia dipinggirkan dan ditolak oleh orang dari Negeri asal dia. Dok sibuk sangat nak memperjuangkan hal orang luar, orang Negeri sendiri pun dia tak peduli.
Bila nak dapatkan undi dan sokongan, baru dia sibuk nak harapkan bantuan serta sokongan dari orang kampung. Jangan harap la!!! Orang peduli pun tidak.
Tu pasal la dia boleh hilang akal dan mengamuk bila dia balik ke kampung dan tengok orang kampung dia sendiri mengundi orang lain selain dari dia.
Biar pun dia ada kat tempat pembuangan undi, tapi orang kampung dia sedikit pun tak peduli dan lansung tak mengendahkan dia secara terang - terangan.
Itu cerita dikawasan dia, Kemaman. Di tempat lain pun lebih kurang macam tu jugak senarionya. Pun orang tak menjadikan dia sebagai pilihan utama.
KUALA TERENGGANU 30 April - Keputusan Rafizi Ramli untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR terus ditolak ahli di peringkat akar umbi apabila beliau tidak mendapat sebarang undi dari mana-mana cabang di Terengganu.
Sumber dalaman PKR melaporkan, keputusan pemilihan parti yang diadakan pada Sabtu lalu mendapati, tiada sebarang pencalonan telah diberikan kepada Rafizi walaupun beliau memegang jawatan Ketua Cabang Kemaman.
PKR Cabang Kuala Terengganu telah memilih Barubian, Lee Chin Cheh, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Dr Xavier Jayakumar membarisi jawatan No. 3 dalam parti.
Manakala bagi kawasan Cabang Hulu Terengganu pula menggandingkan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Mustafa Kamil Ayub, Mohd Yahya Sahri dan Nurul Izzah Anwar.
Cabang Marang pula telah memilih Mustafa Kamil Ayub, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mohd Yahya Sahri.
Apa yang jelas, orang Terengganu secara keseluruhannya menolak Si Rafizi tu dalam undian yang telah dibuat sebelum ini. Kalau di Kemaman, dia boleh buat kecoh. Tapi ditempat lain?
Jadi sewajarnya Si Rafizi tu sedar diri sikit. Jangan ingat diri dia bagus sangat. Dia kena belajar terima realiti. Ahli PKR sendiri pun menyampah dengan pemimpin yang setakat tau buat Kecoh je tak tentu arah ni!!!
Ala.....setakat diliwat dan dirogol ni......bukannye dia tak biasa....
BalasPadamDon't play play! Dia tu pakar strategi PKR.
BalasPadamDia nak tengok apa anuwar nak buat???
Dont play play! Dia tu pakar strategi PKR. Dia nak tengok apa anuwar nak buat???
BalasPadam