Ahad, Mei 11, 2014

"GERAKAN SEDIA BERJUMPA HADI AWANG, DAPigs BILA LAGI!!!"

Jika sebelum ini, MCA bersedia untuk mendengar tazkirah berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud bagi mendapatkan pandangan jelas mengenai isu tersebut. (Klik Sini)

Sekarang giliran parti Gerakan pulak menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Presiden PAS bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu yang sama.

Jelas, kedua - dua parti yang didakwa oleh Mahfuz Omar menentang perlaksanaan hukum tersebut lebih terbuka untuk menerima pandangan dari orang luar. (Klik Sini)

Berbeza dengan DAPigs yang dah banyak kali berjumpa dengan PAS tapi masih jugak menentang perlaksanaan hukum tersebut secara terang - terangan. Jadi, tak payah la pemimpin macam Si Mahfuz Omar tu nak sibuk jaga tepi kain orang lain!!!
KUALA TERENGGANU - Parti Gerakan bersedia untuk berjumpa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi berbincang dan mendapatkan gambaran sebenar berkaitan hudud.

Presidennya, Datuk Mah Siew Keong berkata, beliau sudah membuat proposal minggu lalu bagi membolehkannya berjumpa sendiri dengan Abdul Hadi dan memberikan pandangan berhubung isu tersebut.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang berbilang agama dan kaum, pertemuan sebegitu penting kerana tidak mahu isu berkaitan dengan agama dipolitikkan.

“Kita tak mahu hudud ini dijadikan sebagai alat politik bagi mendapatkan sokongan. Kenapa kita perlu sokong mereka yang hanya nak dapatkan sokongan politik? Sebab itu kita nak jumpa dengan dia dan dapatkan pandangan dia, dan kita sampaikan pandangan kita.

“Kami hormat Islam dan kami nak jumpa dia. Kami tak mahu mereka politikkan isu ini. Negara kita bukanlah begitu besar, penduduk hanya 28 juta, kita patut bekerjasama atasi apa jua masalah, itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata, cakap yang tidak senada antara parti dalam PR sebelum ini menunjukkan mereka banyak menggunakan isu ini untuk dipolitikkan.

“Ketiga-tiga pemimpin yang tertinggi mereka cakap perkara yang berbeza. Kita pun tak tahu siapa yang benar. Jadi ini menunjukkan PR banyak gunakan isu untuk dipolitikkan. Walaupun mereka satu pakatan, DAP cakap lain, PKR cakap lain, Pas cakap lain.

“Berbeza dengan BN, walaupun kita berbeza, tapi kita cuba untuk sepakat dalam semua perkara sebagai satu pasukan. Bagi BN, kita akan adakan mesyuarat untuk berbincang secara konsensus apa-apa masalah dan jika kita lihat 'track record', kita adalah sehala.


“Kita nak jumpa pemimpin semua parti supaya kita dapat beri pandangan kita, macam mana kita dapat atasi masalah. Kita ada banyak isu yang perlu difokuskan. Kita tak mahu banyak lagi isu,” katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping