Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar wajar mengucapkan tahniah kepada pemimpin partinya kerana berjaya mendidik rakan mereka dalam Pakatan sehingga berani menentang Islam secara agresif.
Katanya, DAPigs begitu memahami apa yang diajar oleh guru mereka (PAS) sehingga parti itu dan PKR boleh melakukan demonstrasi menentang pelaksanaan hukum hudud.
Lebih 5 tahun, PKR dan DAPigs bersama PAS di dalam Pakatan dan hasil terbaik mereka adalah bila rakan PAS itu berani menentang Hudud secara lantang dan lebih agresif.
"Kerja keras PAS mendidik dan boleh menjadikan PAS sebagai guru terbaik yang tidak pernah ada pada parti lain," jelas seorang rakan kepada Haprakdaily.
Sejak sekian lamanya, PAS memperjuangkan Hudud namun kemampuan mereka untuk menjelaskan isu tersebut kepada rakan lain dalam Pakatan cukup memberansangkan.
Malah, penerangan yang dibuat cukup bermanfaat sehingga mampu membuatkan Ketua Menteri Pulau Pinang menolak perlaksanaan Hudud secara terang - terangan.
Kemampuan PAS itu membuatkan Lim Guan Eng memahami Hudud maka Setiausaha Agung DAPigs itu turut berikrar untuk menentangnya sampai bila - bila. (Klik Sini)
Selain itu, pengakuan yang dibuat oleh Teresa Kok mengenai agenda PAS itu membuktikan bahawa mereka benar - benar berjaya meyakinkan DAPigs. (Klik Sini)
"Lebih dari 50 tahun PAS memperjuangkan Hudud, namun kejayaan mereka yang paling cemerlang ialah apabila memberi pendidikan percuma kepada DAPigs.
"Itu menunjukkan istiqomah PAS dalam memperjuangkan Hudud secara serius. Mereka tak henti - henti memberikan ceramah berhubung isu tersebut dalam ceramah mereka.
"Jika kita pergi mendengar ceramah yang disampaikan oleh pemimpin PAS, semuanya sarat dengan penjelasan serta penerangan mengenai isu tersebut," jelas rakan itu lagi.
Maka sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar wajar berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh PAS diatas hasil usaha kerja keras mereka selama hari ini. Syabas diucapkan kepada PAS!!!
Mahfuz tu bodoh...
BalasPadampadanlah...kena bahalul sialsi dengan kawan karib dap....
BalasPadam