Jumaat, Mei 23, 2014


Sejak hari penamaan calon, banyak pihak sebenarnya terkejut dengan aksi yang di tunjukkan oleh PAS yang memilih untuk taat setia kepada DAPigs.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang , Mat Sabu awal-awal lagi keluarkan perintah supaya jentera PAS bagi membantu DAPigs dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor.

Serentak dengan itu maka bergeraklah seluruh jentera PAS , berganding bahu membanting tulang membantu Anak Karpal tu dalam pertandingan 4 penjuru tersebut.

Tetapi ada sesuatu yang jauh lebih dasyat berlaku. Ahli PAS Gombak, Nabi Bux yang turut bertanding telah dinafikan hak keahliannya hanya kerana dia memilih untuk bertanding.

Pemimpin PAS pada awalnya telah menafikan keahlian Nabi Bux namun kemudiannya bertukar nada setelah Nabi Bux menunjukkan BUKTI keahliannya sebelum ini.

Semenjak itu , tidak ada mana-mana pemimpin PAS yang berani untuk mengesahkan sama ada Nabi Bux itu adalah ahli PAS atau tidak. 

Sebaliknya, ada suara-suara sumbang yang mahu dia dikenakan tindakan daripada parti. Jika suara-suara sumbang itu benar, maka sudah pastilah Nabi Bux adalah ahli parti PAS!

Di sebabkan kehadiran Nabi Bux, maka seluruh jentera PAS telah di arahkan supaya membantu calon DAP yang terang-terangan menolak cadangan melaksanakan hudud.

Dalam sidang medianya semalam, Nabi Bux menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila melihat muslimat PAS begitu tekun dan bersungguh-sungguh membantu kempen DAPigs.

Malah sampai ada yang sanggup meredah waktu senja di kala laungan azan maghrib sedang berkumandangkan di surau serta masjid yang berhampiran.

Muslimat PAS tersebut masih dilihat lebih memberikan tumpuan terhadap kerja mereka berkempen dengan calon DAPig yang sudah tentu tidak menunaikan solat.

Tambah memalukan ialah apabila para muslimat PAS tersebut turut di tegur oleh orang ramai yang dalam perjalanan ke masjid menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Ini membuktikan bahawa PAS lebih sanggup berkorban masa demi memperjuangkan Kafir yang menolak Hudud dari nak menegakkan Islam sampai tahap solat pun sanggup dilengah - lengahkan. Semuanya demi kuasa, bukan kerana nak memperjuangkan Islam sangat pun!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Dunia dah nak kiamat dah .... agaknya Tuhan tengah mengkelas-kelaskan umat Islam kedalam golongan yg sesuai yg mereka sendiri pilih ... kan ke ada 73 golongan dan HANYA SATU yg diterima dan mendapat Rahmat ...

    Maoriti org2 PAS ni (mintak maaf cakap lah) terlalu perasan diri tu terlalu Islam hingga sampai ketahap memperlekehkan keislaman org lain ... kira dosa pahala sendiri seolah-olah mrk sendiri menentukan syurga dan neraka ...

    Pakai kopiah saja dah kira Islam sejati, kalau pakai jubah dgn simpan janggut terus masuk syurga tanpa halangan kot pada mrk ... akhirnya perjuangan Islam entah kemana .... biarkan luncai terjun dgn labu2nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu lagi dah cakap pas ni bingai

      Padam
  2. Agama dan politik tidak patut dikaitkan..sepatutnya dari awal lagi tidak patut ada parti yang mengunakan mana2 agama untuk mewujudkan sesebuah parti.agama bukan politik, politik pula tidak patut gunakan agama untuk meraih undi.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wmt,
    Sesuatu yg kebanyakan orang Melayu/Islam tidak sedar dan faham ialah bahawa manusia dan jin yg akan dimasukkan ke dalam neraka Allah swt ialah umat Islam.
    Buklannya orang kafir. Si kafir hanya akan jadi bahan bakar api neraka bersama batu berhala.
    Justeru, kalau semua umat Islam mentaati perintah Allah swt, siapa yg nak dimasukkan ke dalam neraka Allah?
    Bukan Lim Guan Eng dan bukan juga Lim Kit Siang. Ram Karpal pun tidak selagi mereka tidak mengaku atau bersyahadah.
    Semua yg terjadi itu adalah ketentuan Allah swt.
    Kesiannya, mereka telah memilih sendiri jalan yg salah.
    Tarbiah dan ajaran 'ular dalam semak' Pas dah memang begitu.
    Semoga mereka cepat sedar dan bertaubat kpd Allah swt atas kesilapan dan keterlanjuran yg telah dilakukan. Aminnnnnnn!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping