Khamis, Mei 22, 2014


Kira-kira 400 peneroka yang telah mengusahakan tanaman kelapa sawit di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di sini sejak 40 tahun lepas bakal kehilangan punca pendapatan apabila mereka diberikan notis pengosongan ladang oleh kerajaan negeri Selangor.
   
Satu-satunya jalan yang digunakan untuk membawa keluar hasil kelapa sawit mereka juga telah ditutup sejak dua bulan lepas.
   
Notis arahan pengosongan ladang daripada Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan) Kuala Selangor bertarikh 10 April 2014 meminta peneroka berkenaan berbuat demikian dalam masa 30 hari di mana tempoh itu telah pun berakhir 10 hari lalu.
   
Notis tersebut bagaimanapun tidak diserahkan kepada mereka dengan sempurna sebaliknya hanya ditampal pada pokok kelapa sawit.
   
Wakil peneroka, Miswandi Mat Sah, 56, berkata, peneroka sangat kecewa dan dalam dilema berikutan satu-satunya punca pendapatan mereka hilang sekelip mata selain tidak dapat mengeluarkan hasil tanaman sawit sejak dua bulan lepas.

"Kebanyakan kami sudah tua dan pencen, mana lagi nak diharapkan sumber pendapatan kalau kami diminta keluar dari tanah ini. 

"Penduduk akur tanah ini adalah milik kerajaan negeri tapi bertimbang rasalah sikit sebab kami sudah usahakan cukup lama...lebih 40 tahun," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
   
Gan Chee Hong, 48, juga buntu apabila hasil kelapa sawit tidak dapat dikeluarkan lebih-lebih lagi pada masa sama, dia turut mengusahakan tanaman baharu.
   
"Saya baru sahaja tanam anak kelapa sawit. Dahulu kerja ambil hasil kelapa sawit dan bila ada duit sikit saya pun teringin nak usahakan tanaman sebab menguntungkan tetapi bila laluan ditutup saya jadi bingung. Harap kerajaan negeri bagi muka kepada petani," katanya.
   
Sementara L.Krishnan, 68, pula berkata, sebelum ini tiada pihak yang cuba menganggu atau meminta peneroka keluar dari tanah rizab kerajaan itu tetapi apabila pucuk pimpinan kerajaan negeri bertukar semuanya berubah.

"Dulu semua hutan saja dan masa kami meneroka tanah untuk tujuan tanaman, semua tak kacau. Masa itu memang susah sehingga terpaksa habis duit nak bersihkan hutan.
   
"Sekarang sudah cantik dan bersih, kami pula kena keluar...macam mana dengan hasil kelapa sawit kami? Mana kami mahu pergi? Inilah satu-satunya punca pendapatan pakcik sekeluarga," katanya. 
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Itu di selangor di tempat aku penang 2x5 man kawasan BN rigem DAP dah mula kasi bersih, termasuk kawasan melayu walau pun ahli PAS bodoh . Mampos la .

    BalasPadam
  2. Tu lah....dulu dok sokong sangat P'Gay'R tu....BN semua jahat, menyusah kan rakyat. Haa...sekarang siapa yang susah??? Ingat perkara ni dalam PRK 14 nanti.....PR, Babi dan DAPpigs berpisah tiada...

    BalasPadam
  3. Aku cam seronok lak baca. Undi lg setan2 xder hati perot tu sapa suruh?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping