Sabtu, Mei 10, 2014


Tak perlu lagi untuk kita nafikan lagi. Tun Mahathir memang seorang Negarawan yang hebat. Apa sahaja komen yang diberikan dibuat dengan telus dan bertanggungjawab.

Jika semalam SH dedahkan ayat terbaik yang diberikan oleh Tun. (Klik Sini). Kali ini kita baca, renung dan fikirkan maksud yang cuba disampaikan oleh Tun. Jangan ada yang panas Bontot lepas membacanya sudah la!!!
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keupayaan Umno mengekalkan reputasi sebagai parti Melayu yang unggul merupakan satu pencapaian besar bagi parti itu.

Beliau berkata walaupun Umno masih diterima, namun sokongan terhadapnya kelihatan berkurangan dan parti itu perlu mengambil iktibar daripada keadaan itu.

“Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat.

“Tapi Alhamdulillah, Umno masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (Umno) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun ke-68 penubuhan Umno pada 11 Mei ini dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku mewah berjudul “Reminiscences of Insurrection: Malaysia’s Battle against Terrorism 1960-1990” di Kementerian Pertahanan di sini, petang tadi.

Dr Mahathir menasihatkan para pemimpin Umno supaya mendengar apa yang disebut oleh rakyat terutamanya parti lawan.

“Tetapi janganlah kita pula layan sangat parti lawan ni kerana dia ada tujuan nak bagi jatuh kerajaan.


"Tapi kalau kita tidak ambil peduli tentang teguran, mungkin kita akan terus kehilangan sokongan,” katanya. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping