Khamis, Mei 29, 2014

Hasil hasutan Karpal, Orang Melayu diperbodohkan sampai sanggup berbaring atas jalan raya dan menderhaka kepada Raja!!! 
Sekadar mengingatkan semula apa yang pernah berlaku sebelum ini. Sejarah tak mungkin dapat melenyapkan penghinaan yang telah dilakukan!!!

11 Mac 2014 - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas pada 21 Februari lalu mahkamah sama mendapati peguam itu bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah lima tahun lalu.

Prosiding jatuh hukum dilakukan hari ini selepas pembelaan memohon masa bagi menyediakan laporan perubatan Karpal bagi tujuan mitigasi.

Kedudukan Karpal sebagai Ahli Parlimen hanya akan ditentukan selepas proses rayuan terakhir beliau di Mahkamah Rayuan.

Sebelum ini, Karpal Singh didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi bulan lepas atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, hukuman terhadap peguam berpengalaman itu hanya akan diketahui pada 7 Mac ini selepas peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili bapanya itu memohon sedikit masa untuk menyediakan rayuan bagi meringankan hukuman termasuk dokumen sokongan seperti rekod kesihatan Karpal.

”Selepas meneliti pembelaan tertuduh dan saksinya dan meneliti semula keseluruhan keterangan yang ada termasuk penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 20 Januari 2012 serta hujahan kedua-dua pihak, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

”Dengan kata lain, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya tanpa sebarang keraguan munasabah. Mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan seperti mana pertuduhan ke atasnya,” ujar Hakim Azman.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping