Hah! Pihak Polis tunggu apa lagi? Bila nak buat siasatan? Ke diorang tunggu pihak jawatankuasa pemilihan PKR tu untuk membuat laporan?
Kalau tunggu diorang buat laporan, sampai kesudah la isunya masih tak selesai jugak. Pengakuan dah dibuat beb. Jadi, tak payah tunggu lama - lama.
Semalam, pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat mengesahkan bahawa beberapa siri kekecohan yang berlaku sebelum ini diakibatkan oleh kumpulan kongsi gelap.
SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Johari Abdul mendakwa pemilihan parti itu yang berakhir pada 11 Mei lalu dipercayai telah disabotaj oleh beberapa anggota kumpulan kongsi gelap yang menyamar sebagai ahli dengan menimbulkan kekecohan kurang dua jam sebelum pusat mengundi ditutup.
Menurut Johari, berdasarkan laporan anggota cabang yang digantung pemilihannya mendapati wujudnya kehadiran beberapa individu bukan anggota parti bertujuan menghalang dan mensabotaj proses pengundian parti itu.
“JPP mendapati mereka menggunakan modus operandi seperti insiden sabotaj berlaku selepas jam 2.30 petang, pensabotaj merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan, sasaran pensabotaj adalah tong-tong peti undi serta pensabotaj terdiri daripada anggota kumpulan kongsi gelap.
“Kami boleh sahkan perkara tersebut berlaku sewaktu proses pengundian di Cabang Kota Raja dan Kuala Langat. Sebagai langkah keselamatan, beberapa perincian tidak akan diumumkan untuk melindungi pemberi maklumat yang terlibat dalam proses siasatan,” katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.
Soalnya sekarang, adakah pihak JPP akan ambik tindakan sewajarnya dan melaporkan perkara tersebut kepada Polis supaya langkah yang lebih berkesan boleh diambil?
Kalau setakat diorang buat laporan untuk dibentangkan dalam parti, baik tak payah nak mengabihkan masa. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Hakikatnya, rakyat perlu tau siapa yang upah ahli kongsi gelap tu untuk buat kecoh sewaktu pemilihan parti mereka sebelum ini? Takkan diorang nak salahkan UMNO jugak kot.
Lagi pun, puak - puak Pakatan ni semuanya bukannya boleh percaya sangat. Perangai diorang sendiri pun sebijik macam kongsi gelap jugak. Jadi, buat apa diorang nak salahkan orang lain kalau semua tu salah diorang sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.