Semalam agak kecoh juga bila orang mula bercerita pasal isu "Kuasa Mutlak Sultan Johor" ke atas Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).
Ada beberapa perkara utama yang perlu kita faham mengenai polemik yang cuba ditimbulkan. Terutama sekali berkaitan penggunaan istilah "Kuasa Mutlak" itu sendiri.
Yang sebut pasal "Kuasa Mutlak" ni hanya dari kalangan blog serta portal Pro Pembangkang. Diorang gunakan tajuk itu untuk mempertikai langkah Kerajaan Johor.
Diantara portal yang menggunakan istilah "Kuasa Mutlak" tu adalah The Malaysian Insider. Malah Malaysiakini juga tidak ketinggalan menghangatkan lagi pengunaan istilah tersebut.
Tidak dinafikan, kemungkinan tujuan mereka mempergunakan perkataan tersebut adalah untuk mengelirukan rakyat dan cubaan memburukkan institusi Raja - Raja Melayu.
Mereka cuba memberi gambaran KONONnya Tuanku Sultan Johor ingin campur tangan dalam urusan pentadbiran Kerajaan dan menidakkan sistem Raja Berperlembagaan.
Isu berkaitan dengan "Campur Tangan" itu telah pun dijawab oleh YAB Menteri Besar Johor dan menafikan dakwaan serta laporan yang telah dibuat sebelum ini.
"Laporan itu sama sekali tidak benar kerana saya yang akan menjadi pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan kuasa eksekutif yang diperuntukkan kepada saya," katanya.
Tambahan pulak, isu pasal Kuasa Mutlak Sultan ni bukan suatu perkara yang baru. Boleh dikatakan semua Sultan memang ada Kuasa Mutlak untuk menentukan Kuasa Eksekutif.
Sebagai contoh, Kuasa Mutlak Sultan untuk melantik seorang Menteri Besar bagi Negeri dibawah jajahan takluknya. Isu tu tak pulak jadi pertikaian oleh puak - puak Pakatan.
Maka penggunaan istilah "Kuasa Mutlak" tu bukan menjadi satu isu yang besar. Sebaliknya, ia sengaja dihangatkan untuk mengelirukan rakyat. Jadi, jangan pulak kita terjebak dengan mainan puak - puak Pakatan Haramjadah ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.