Sabtu, Jun 07, 2014


Heh!!! Ada juga Menteri Besar macam ni ek. Kalau orang lain, memang dah dianggap sebagai satu kerja gila dah ni. Tapi MB Pahang ni lain macam sikit.

Kalau orang lain, berjanji 5 tahun, 10 tahun kemudian pun belum tentu dapat ditunaikan janji tersebut. Nak pulak kalau janji tu dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu

Jangan kata nak tunaikan janji, sekarang ni nak sebut semula janji yang dah dibuat sebelum ini pun masing - masing tak berani. Main pakat tutup mulut belaka semuanya.

Mana tau kalau ada yang nak tuntut janji tu. Sedangkan diorang sendiri pun tau, diorang tak mampu nak tunaikan janji tu. Itu yang membezakan Pakatan tu dengan Barisan Nasional.

Macam Akujanji Tambahan yang dibuat oleh Barisan Nasional Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. Janji nak bina 15ribu rumah PR1MA Pahang dalam tempoh 5 tahun.

Kiranya, kalau ikut janji tu, setahun baru ada 3 ribu unit rumah yang perlu dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional bagi menunaikan Akujanji yang telah dibuat.

Tapi, tak sampai setahun pun, dah lebih dari 13ribu unit rumah PR1MA Pahang ni dibina disekitar kawasan Negeri Pahang untuk dimiliki oleh rakyat.
Rumah PR1MA Pahang yang siap dibina di Jalan Gambang - Kuantan


“… semasa PRU-13, Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa kalau dipilih lagi oleh rakyat, kita akan membina 15,000 unit rumah mampu milik untuk tempoh lima tahun, 2014 – 2018.

“Rupa-rupanya, dalam tempoh setahun ini, kita telah (mula) membina 13,000 (unit). Bermakna, ‘target’ (usaha mencapai sasaran 15,000 unit) itu berjalan (dengan baik),” - Adnan Yaakob
Nah!!! Tak ke gila namanya tu? Setahun yang sepatutnya TIGA ribu tu boleh bertambah jadi TIGA BELAS ribu. Kalau setahun TIGA BELAS ribu, 5 tahun berapa? Korang kira la sendiri!!! Itu buktinya BN mampu tunaikan janji!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Ish....BN ni memang hebar giler ah!!

    BalasPadam
  2. Rumah di Lipis tak kan signboard aja kot...

    BalasPadam
  3. Yer ke.. rumah di Lipis signboard aja lagi

    BalasPadam
  4. gempak seh....yeker ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping