Ini peluang PAS dan Nik Aziz untuk memberi tarbiyah serta pemahaman kepada Si Kit Siang tu mengenai Hudud. Jangan pulak dia kata dia tak de peluang.
Kalau sebelum ini, Si Nik Aziz tu meluahkan rasa kecewa dan kesal sebab tak berkesempatan untuk menjelaskan isu berkaitan Hudud kepada Karpal.
Maka, adalah sewajarnya bagi Si Nik Aziz ni menjelaskan perkara tersebut kepada Kit Siang sebelum ianya terlambat. Takut nanti, dia jugak yang akan kecewa dan kesal tak sudah dikemudian hari!!!
Kota Bharu - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan hudud punca kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan daripada penasihat parti itu, Lim Kit Siang yang akan menemuinya Sabtu depan.
Menurutnya, beliau tidak boleh mengulas isu berkenaan sebelum mendapatkan penjelasan mengenainya daripada Kit Siang.
“Kit Siang akan datang Sabtu ini, jadi kita tunggu hari itu. Saya tak boleh sebut (jawab) hari ini (semalam) kerana dia (Kit Siang) hendak datang Sabtu ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo yang menyifatkan isu pelaksanaan undang-undang Islam oleh Pas yang juga komponen dalam Pakatan Rakyat, sebagai faktor Dyana Sofya Mohd Daud tewas dalam PRK Teluk Intan hujung Mei lalu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sebelum ini menyangkal dakwaan tersebut dan menasihatkan DAP agar mengakui kesilapan sendiri dan tidak meletakkan kesalahan pada orang lain.
Menurutnya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina menyebabkan berlaku undi protes dengan tidak mengundi DAP. - UtaraNews
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.