Heh!!! Ingatkan bila dia dah ambik anak angkat dari kalangan budak - budak Tahfiz tu, ada la jugak terdetik dalam hati dia nak berubah. Rupanya, macam tu jugak perangai dia.
Payah jugak nak ubah Perangai Hodoh adik kepada Si Ahli Parlimen Gombak ni rupanya ye. Ingatkan nak la dia terbuka hati dan menerima hidayah.
Jika sebelum ini, adik kepada Si Ahli Parlimen Gombak tu buat satu penghinaan terhadap peniaga - peniaga di Bazar Ramadhan melalui statusnya dilaman Twitter.
Dia dengan selamba badak je mendakwa makanan yang dijual dibazar Ramadhan tu hanya ibarat "Sampah". Tak de rasa apa - apa. (KLIK SINI).
Ekoran dari kenyataan tersebut, SH turut siarkan artikel berkaitan dengan adik kepada Si Ahli Parlimen Gombak ni yang pernah masuk satu rancangan memasak. (KLIK SINI)
Hakikatnya, dalam program tu, adik kepada Si Ahli Parlimen ni memang tak pandai memasak. Maka sebab itu dia kena tendang awal - awal dari rancangan tersebut.
Pada asalnya, program pertandingan memasak tu adalah untuk mengumpul dana bagi membantu badan kebajikan yang diwakili oleh artis berkenaan.
Lagi lama artis tu bertahan, maka makin banyak jumlah bantuan yang boleh disalurkan kepada badan kebajikan tersebut. Tapi, lain pulak kata Si Adik kepada Ahli Parlimen ni.
Dalam satu kenyataan, adik kepada Si Ahli Parlimen Gombak tu mendakwa yang dia 'dibayar ribuan ringgit' untuk menyertai program tersebut.
"Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebrti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit..."
Jadi, memang sah la yang dia masuk rancangan tu hanya untuk mendapat 'bayaran'. Bukannya dia masuk sebab nak bantu badan kebajikan yang diwakilinya.
Kalau orang lain, semua duit bayaran yang diterima akan diserahkan kepada badan kebajikan berkenaan. Tapi mungkin adik kepada Si Ahli Parlimen Gombak ni lain pulak caranya. Dia ambik duit tu untuk buat belanja diri dia sendiri!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.