Sabtu, Julai 12, 2014


Bukan la niat nak membanding - bandingkan apa yang dibuat oleh orang lain sekadar hanya nak menyindir Si Wardina tu. Tapi artikel ini hanya sekadar satu pandangan.

Daripada dia dok mengutuk dan mengkritik orang lain mengenai bantuan itu ini, kenapa tidak dia sendiri yang menyinsing lengan menghulurkan bantuan?

Kenapa tidak dia sendiri yang turut serta membantu mereka yang memerlukan secara istiqomah dan berterusan serta tidak hanya bergantung kepada orang luar semata - mata?

Benar kata orang tua - tua. Mengkritik itu lebih mudah dari kita nak buat kerja tu sendiri. Maka, mungkin itu yang dibuat oleh Si Wardina tu sebelum ini.

Cuba kita lihat keazaman sesetengah pihak yang tanpa jemu turut serta menjalankan kerja - kerja amal demi kepentingan mereka yang memerlukan.

Usaha murni yang dilakukan oleh mereka sudah tentu akan mendapat sokongan dari orang lain tanpa mereka mengkritik serta mempertikaikan orang lain.

Bak kata satu perumpamaan, usah la kita setakat duduk atas pangkin dan mengkritik orang yang bina rumah sedangkan kita nak angkat kayu sebatang pun tak mampu.

Sewajarnya, orang macam Si Wardina ni perlu tengok macam mana Ustaz Nazrey ini melakukan kerja - kerja amalnya dengan gigih tanpa memperlekehkan orang lain.

Dia buat demi kepentingan umum. Bukannya dia buat sebab dia nak mencari glamour atau mencari publisiti murahan semata - mata. Apa yang penting niat tu kena betul.

Punya la dia sanggup buat apa sahaja demi memenuhi hasrat melihat Maahad Tahfiz Bayu Syahadah dibina, dia rela menyanyi ditepi jalan bagi mengumpul dana.

Nah!!! Persoalannya, adakah sanggup Si Wardina tu buat perkara sedemikian tanpa bergantung harap kepada mana - mana bantuan NGO tertentu?

Sanggup ke dia nak turun padang dan membantu memastikan golongan OKU dari kalangan anak - anak kecil itu terbela nasibnya? Kalau setakat jadi pengkritik tanpa dia keluarkan sebarang keringat, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping