Hehehe!!! Angin tak de, ribut tak de, tetiba pulak Si Nik Nazmi ni sibuk buat kenyataan media meminta agar pertemuan Khalid Ibrahim dengan PM tidak dijadikan sebagai satu isu.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker DUN Selangor tu selepas gambar pertemuan Khalid dan PM dalam satu majlis menjadi viral dilaman media sosial.
Maka sebab itulah Si Nik Nazmi ni keluarkan kenyataan sedemikian kepada pihak media sambil menganggap ianya sebagai satu perkara yang "biasa".
"Dia MB Selangor, takkan dia tak bole jumpa PM. Takkan semua benda kita nak tengok dalam lensa parti, " katanya kepada pemberita di Bangunan SUK, sebentar tadi.
Heh! Mungkin kenyataan Si Nik Nazmi ni merujuk kepada beberapa tindakan yang dilakukan sendiri oleh puak - puak PKR tu yang mempertikaikannya.
Hakikatnya, hari ini semua orang sedar bahawa kedudukan Si Khalid Ibrahim tu dalam keadaan yang serba tak kena sejak ada suara - suara sumbang yang desak dia letak jawatan.
Maka sudah tentu isu - isu sedemikian akan dijadikan sebagai bahan Politik dikedai - kedai kopi dikalangan rakyat marhaen bagi menghangatkan lagi keadaan.
Andaikata Si Khalid tu tak menghadapi sebarang kecaman atau desakan dari pihak akar umbi, sudah tentu isu tersebut tidak akan diperbesarkan oleh rakyat diperingkat akar umbi.
Tapi disebabkan isu berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor tu masih lagi menjadi satu bualan hangat dikalangan rakyat, maka jadi la pertemuan tu sebagai satu isu.
Nak pulak dikalangan pemimpin serta ahli - ahli PKR sendiri. Jika tidak, kenapa pulak Si Nik Nazmi tu nak bagi amaran agar ianya tidak dijadikan sebagai bahan Politik?
Adakah Si Nik Nazmi tu lupa bahawa sebelum ini pun, langkah Si Khalid Ibrahim tu bersetuju dengan cadangan Langat 2 mendapat kritikan dan dikecam oleh Pakatan?
Kenapa pada ketika itu, Timbalan Speaker DUN Selangor tu tak nak bertindak dan meminta agar semua pihak tidak mempersoalkan perkara tersebut?
Nampak sangat la yang puak - puak Pakatan Haramjadah dari kalangan PKR ni dah mula takut dengan bayang - bayang mereka sendiri. Diorang sendiri yang cipta "Mimpi Ngeri" tu. Jadi, jangan la diorang nak salahkan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.