Sabtu, Julai 12, 2014


Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang kuat agar negara tidak dijajah oleh kuasa besar yang berselindung disebalik Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), suatu perkongsian perdagangan yang diuarkan sebagai memberi kelebihan kepada negara anggotanya.

Menurut beliau, pemimpin yang kuat adalah pemimpin yang berani menolak perjanjian tersebut kerana ia tidak akan memberikan manfaat kepada negara dan juga rakyat.

"Dengan pimpinan yang kuat kita dapat menangkis serangan.  Tetapi apakah tanda-tanda kepimpinan yang kuat? 

"Pemimpin yang kuat hanya dapat menunjukkan kekuatannya apabila diuji. Jika dalam ujian itu pemimpin itu gagal, maka kita tak boleh anggap pemimpin itu kuat.

"Oleh itu dalam usaha kita untuk menjaga kepentingan negara dan ekonomi, apabila kita dihadapkan dengan cadangan seperti TPPA, dan apabila kita dapati TPPA ini adalah usaha untuk menakluk kita semula. 

"Pemimpin yang kuat harus tolak sama sekali perjanjian ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Buku TPPA: Malaysia Is Not For Sale di Karangkraf, sebentar tadi.

Beliau dalam pada itu berkata, TPPA adalah satu bentuk penjajahan baru oleh kuasa asing yang kononnya mampu memberi keuntungan kepada negara anggotanya, namun sebaliknya ia adalah demi monopoli ekonomi kuasa besar berkenaan.

Mengambil contoh beberapa peristiwa penjajahan di Tanah Melayu yang antaranya ditakluki melalui perjanjian, tambah beliau, apa yang pasti, seperti mana perjanjian-perjanjian tersebut, TPPA akan 'mengikat' negara sehingga kuasa besar tersebut berjaya mendapat keuntungan daripadanya.

"Saya dapati bahawa bila kita buat perjanjian dengan kuasa asing, kita tidak begitu bijak, kita seolah percaya bahawa perjanjian akan bawa kebaikan kepada kita," katanya.

Oleh itu katanya, peranan badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat amat penting dalam menyedarkan kerajaan agar tidak terus terpengaruh dengan tekanan kuasa besar yang mampu menggadaikan hak negara.

"Kalau kita biarkan saja kerana percaya pemimpin kita kuat dan kita tak bantunya daripada belakang dengan pengetahuan tentang ancaman perjanjian itu, saya percaya bahawa pemimpin yang tak dapat disokong dengan kuat akan mengaku kalah dan bersetuju dengan syarat kuasa besar itu," ujarnya lagi.
Categories:

1 ulasan:

  1. Adakah lagi pemimpin seperti TUN DR??? Saya rasa sukar dicari ganti di Malaysia ni, mungkin 100 tahun akan dtg, Allah sahaja yg mengetahuinya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping