Sabtu, Julai 12, 2014


Itu satu persoalan yang timbul ketika membaca semula kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR tu dalam portal laman media Sinar Harian semalam.

Sedangkan orang lain sibuk mengecam, mengutuk dan mengkritik tindakan Kejam, Zalim dan Ganas Rejim Zionist terhadap penduduk Gaza, lain pulak nada Si Wan Omega ni.

Dari apa yang dinyatakan oleh Si Wan Omega tu, dia hanya sekadar mengkritik dan mendesak Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu dalam isu bantuan kemanusiaan.

Selaku Presiden sebuah parti Politik, Si Wan Omega tu juga turut mendesak agar pemerintah Kerajaan Mesir membuka pintu sempadan agar bantuan dapat disalurkan.

Apa yang menghairankan, kenapa Presiden PKR tu tak mengecam tindakan ganas yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestine di Gaza? (KLIK SINI)

Kenapa dia tak keluarkan kenyataan mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh Rejim Zionist dan menyokong pembebasan Gaza tu secara terbuka? 

Jika kita lihat pemimpin lain waima dari kalangan PAS sendiri pun, mereka cukup lantang mengutuk dan mengecam tindakan zalim yang dilakukan oleh Rejin Yahudi tersebut.

Tapi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Wan Omega ni dilihat sekadar mempertikaikan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh PBB dalam konflik yang melanda Palestine.

Ianya menjadi satu persoalan besar mengenai pendirian PKR terhadap keganasan, kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zionist tu sendiri.

Masih ramai lagi pihak diperingkat akar umbi yang tertanya - tanya, kenapa PKR tidak berani membuat kutukan secara terbuka terhadap Rejim tersebut selama hari ini?

Apa yang jelas, kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin PKR sebelum ini hanya sekadar 'Playsafe' dan diibaratkan sebagai 'Sekadar Melepas Batuk Ditangga'.

Takkan la Si Wan Omega tu tak berani nak cabar kuasa - kuasa besar dunia agar bersatu menyekat kuasa ekonomi dan pengaruh Politik yang dikuasai oleh Rejim Zionist tu.

Kalau setakat berani nak desak PBB sedangkan Penjenayah sebenar dibiarkan begitu sahaja apa gunanya. Kalau dia hanya mampu nak salahkan orang lain tapi TAKUT nak mengutuk Rejim Zionist tu, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Suruh bang nuar ke PBB. Kan dia di hormati di seluruh pelusuk dunia. Setakat bercakap dalam dewan buat apa. Itu pun baca text yg di karang oleh orang lain.
    Macam mana PBB nak dengar cakap dia, orang PKR sendiri tak mahu dengar cakap dia kecuali yg bangang.


    BalasPadam
  2. Ish..mana boleh sound Israel secara direct! Kan puak2 yahudi banyak menyumbangkan dana untuk agenda2 pembangkang!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping