Jumaat, Ogos 08, 2014


Kes saman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin yang mendakwa difitnah dalam satu forum di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu, diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Jamil Khir memfailkan saman tersebut pada 11 Mei 2012 kerana mendakwa Shamsul Iskandar secara tidak benar dan berniat jahat memfitnah beliau ketika menjawab persoalan dan mengulas tentang isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin merekodkan penyelesaian itu selepas Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, membacakan permohonan maaf terhadap Jamil khir di kamar hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam Adnan Seman @ Abdullah yang mewakili Jamil Khir memberitahu pemberita, hakim merekodkan penyelesaian itu tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula selepas menteri berkenaan menarik balik saman tersebut.

Shamsul Iskandar diwakili peguam Fahda Nur Ahmad Kamar.

Jamil Khir memfailkan saman itu pada 11 Mei 2012, setelah Shamsul Iskandar yang dijemput menjadi ahli panel forum yang membincangkan tajuk ‘Pengurusan Persepsi’ pada 30 Mac 2012, mengulas mengenai isu sumpah dakwaan liwat ke atas Anwar.

Dalam pernyataan tuntutan terpinda bertarikh 8 November 2012, Jamil Khir mendakwa, Shamsul Iskandar secara tidak benar dan berniat jahat memfitnah beliau ketika menjawab persoalan dan mengulas tentang isu sumpah dakwaan liwat yang dibuat ke atas Anwar.

PS: Heh! Tau pulak Si Sam Ketot tu nak selesaikan kes tu diluar mahkamah. Nampak sangat la yang dia dah takut dan terkencing dalam seluar.

Kalau dia rasa dia dipihak yang benar, kenapa dia tak nak sambung je kes tu dalam mahkamah? Buktikan la sama ada dia bercakap benar atau pun Si Jamil Khir tu yang berbohong!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Ini yang aku tidak sanggup dengar dan baca ni. asyik asyik permohonan maaf dan selesai di luar mahkamah. Mana integriti serta harga diri sekiranya yang terfitnah diketahui umum dan di dalam jangkamasa yang panjang sanggup di leburkan dengan permohonan maaf tampa menerima apa apa balasan sebagai pengajaran kepada si pengfitnah dan masyarakat khususnya. Hancurlah kalau asyik lagu ni.

    BalasPadam
  2. Sampai mati aku tak akan percaya lagi dgn Menteri macam Jamil khir ni..memang dasar takde telor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar sikit Tuan, mungkin beliau ada sebab berbuat demikian yg kita tidak ketahui.

      Padam
    2. orang yg tinggi ilmu agamanya faham berkaitan maaf memaafkan. lainlah tgna sampai mati pun tetap bermusuh dengan umno

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping