Isnin, September 22, 2014

Azmin bagi makan 'pisang' boleh la...
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Jingga 13' berpendapat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak wajar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut. 
"Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Adun Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Fariz yang juga bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Laporan tersebut meneyebut bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin; Pesuruhjaya Pas, Iskandar Abdul Samad dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini.

Pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid. - seterusnya...

PS: Heh! Pelikkan. Satu pihak kata Si Wan Azizah tu tak layak jadi MB Selangor. Yang satu pihak lagi kata Si Azmin tu yang tak layak.

Kalau sebelum ini, mereka dari kalangan Pakatan sendiri menuduh Si Khalid Ibrahim tu hilang kelayakkan untuk jadi Menteri Besar.

Kesimpulannya, semua pemimpin dalam PKR tu memang TAK LAYAK jadi pemimpin pun!!! Masing - masing Gila Kuasa belaka. Terima je hakikat tu. Tak payah diorang susah - susah nak buat kerja yang bukan - bukan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. memang pun tak layak!...... lelaki dayus mana boleh jadi pemimpin...nanti ikut cakap bini dia plak...rosak selangor

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping