Huh! Pelik sungguh tengok perangai pengguna internet ni. Benda yang tak pelik pun diorang boleh jadi hairan. Sampai tahap nak dibesar - besarkan cerita tu tak tentu pasal.
Kalau sebelum ni, kecoh diberitakan dilaman internet, gambar pelakon dan model terkenal Hollywood, Kim Kardashian tak pakai baju bocor diruangan siber. Heboh tak ingat dunia.
Hakikatnya apa benda yang nak dipelikkan sangat bila pelakon Hollywood tu tak pakai baju? Kot kalau diorang pakai baju pun, serupa macam diorang berbogel jugak.
Benda macam tu dah jadi lumrah bagi mereka yang duduk di Negara Barat. Ianya dah menjadi satu kebiasaan buat mereka. Jadi, buat apa diorang nak pelik sangat?
Bab pelakon Hollywood tu berbogel atau pun tak pakai baju lebih kurang sama je dengan perangai PKR yang suka menabur fitnah. Dah boleh dianggap satu perkara yang semula jadi.
Tapi, apa yang kita perlu rasa pelik ialah apabila ada orang yang katanya ada maruah tapi masih sanggup menerima maki hamun orang lain dan hanya anggap ianya satu 'Pengorbanan'.
Walaupun dilabelkan sebagai "PENGKHIANAT", namun itu tidak mengubah ketaatan mereka. Waima ditipu hidup - hidup dan dihina secara terbuka pun diorang tak kisah.
Apa yang lebih utama bagi mereka ialah untuk mendapat kuasa demi memenuhi kemahuan serta kepentingan peribadi masing - masing. Yang lain diorang tak ambik peduli pun.
Sama ada diorang dihina, dikhianati, dan diperbodoh - bodohkan depan orang ramai secara terang - terangan pun diorang tak kisah. Semua tu diorang boleh buat - buat tak nampak je.
Perangai itu yang sepatutnya buat kita rasa pelik. Kalau setakat gambar Si Kim Kardashian tu berbogel, kita dah tau dia memang tak de maruah. Tapi kalau jenis manusia yang suka mendabik dada kata diorang ni KONONnya pejuang pun lebih kurang sama je tak de maruah, apa bezanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.