Huh! Masih tak sedar diri lagi Si Siputdin ni rupanya. Dia masih tak sedar yang orang ramai bukan nak tau apa pendirian dia dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor tu.
Jauh sekali rakyat ingin mengetahui apa pendirian PKR berhubung isu tersebut kerana semuanya sudah sedia maklum, Si Ketua Penipu tu nak isteri dia jugak jadi MB.
Amalan Nepotisme yang begitu kuat diamalkan dalam PKR ni memang sudah menjadi satu rahsia umum. Ianya tak perlu nak dipertikaikan lagi.
Maka, isu sama ada Si Ketua Penipu tu bagi restu atau tidak kepada Azmin bukan isu utama. Perkara tu memang dah jelas dan semua orang pun tau mengenainya.
Yang orang nak tau sekarang ialah mengenai keputusan Si Azmin Ali tu sendiri. Adakah dia sanggup membelakangi pendirian parti dan menerima jawatan tersebut?
Atau adakah dia bersedia untuk dianggap sebagai Penderhaka kepada Sultan kerana menolak jawatan itu nanti? Itu persoalan yang perlu dijelaskan.
Jika benar Si Azmin tu tetap nak ikut pendirian parti, adakah dia berani bersumpah untuk menolak perlantikan sebagai Menteri Besar Selangor tu nanti?
Takkan la perkara itu pun Si Azmin tu tak boleh nak buat sendiri. Takkan sampai tahap itu PKR menghalang Hak Kebebasan Bersuara dikalangan ahlinya.
Punya la diorang tak nak bagi Si Azmin tu bercakap sehinggakan nak menafikan fitnah yang dilemparkan terhadap diri dia pun mereka tak benarkan? Itu dah melampau!!!
Persoalan mengenai pendirian peribadi Si Azmin tu sekarang yang menjadi pertikaian seperti mana yang didakwa oleh Si Chagubard tu sejak akhir - akhir ni.
Jadi, tak perlu la Si Siputdin tu sibuk - sibuk nak ulang benda yang sama dan nyatakan pendirian songsang yang sudah menjadi kebiasan parti tu. Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.