Kalau dulu di Kajang. Hari ini kisahnya di Morib pulak. Kisah ini mengenai seekor Beruk yang cukup mementingkan diri sendiri. Sekarang ni Si Beruk tinggal keseorangan.
Semuanya gara - gara nafsu tamak dia yang Gila Kuasa sehingga menjadikan dia seekor Beruk Sumbang, sedara dengan Si Kera yang juga dilabelkan sebagai BARUA.
Tapi Si Beruk tu sebelum ini jelas telah ditipu hidup - hidup oleh Si Raja Ketum yang memaksa Si Beruk tu untuk menyokong isterinya untuk menjadi pemerintah. (Klik Sini).
Dek kerana rasa tak puas hati akibat dipulau dan dipinggirkan oleh masyarakat, Si Beruk tu mula la meroyan. Maka mula la dia berangan - angan tak tentu arah.
Dia kata dia sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kedudukan dia sebelum ini. Bahkan dia anggap diri dia masih lagi laku untuk dinobatkan sebagai pemimpin.
Jika dibaca dalam ucapan yang diberikan, nampak sangat Si Beruk tu semakin Bongkak dan Angkuh tak sedar diri. Dia masih anggap yang dia mendapat sokongan dari manusia.
Walaupun dia tidak bertanding mewakili kaum keluarganya, Si Beruk tu tetap yakin dengan diri dia sendiri. Dan begitulah rupanya Si Beruk yang mula tak sedar diri tu.
Malah, punya la Si Beruk tu kemaruk Gila Jawatan nak jadi pemimpin sehingga sanggup dia berkawan dengan Dubuk yang memang selalu kelaparan. Tak macam haiwan lain.
Dubuk ni jenis Dubuk Tua yang memang penuh dengan pengalaman tipu muslihat. Dia lagi licik dari Si Raja Ketum yang memang pandai menipu tu. Dubuk Tua ni lebih cerdik.
Dia memang suka mempergunakan haiwan lain demi untuk memenuhi kepentingan diri dia iaitu dapat makanan yang enak biar pun dia makanan kegemaran dia ialah BANGKAI.
Si Dubuk Tua ni pulak dah ada Keldai Cantik untuk dipergunakan demi memenuhi kemahuan diri dia yang dah semakin tua gayut tu disamping Keldai - Keldai yang lain.
Sekarang, dengan mempergunakan kekecewaan Si Beruk, maka mudah la Si Dubuk Tua tu nak menjahanamkan lagi keadaan. Mudah la dia untuk terus mempergunakan Si Beruk sesuka hatinya. Sampai satu tahap nanti, Si Beruk tu jugak jadi makanan dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.