Ahad, September 28, 2014

Inilah bahananya bila melantik meraka yang bukan hak. Akhirnya mereka akan mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada mereka untuk memerintah.

Dalam kes Menteri Besar Selangor yang baru tu, tak sampai sepuluh hari pun dia dilantik menggantikan Si Khalid Ibrahim tu tapi dia dah mula menunjukkan perangai hodohnya.

Ianya berikutan dengan kes perlantikan Exco Negeri yang didakwa berat sebelah dan tidak memenuhi kepentingan yang disepakati dalam Pakaran Haramjadah tu.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dibuat untuk mengurangkan bilangan kuota Exco PAS dalam Exco barunya adalah satu tindakan yang dianggap tidak wajar dilakukan.

Seorang penganalisis Politik menjelaskan, Si Azmin tu sepatutnya mengekalkan kedudukan empat kuota Exco dari PAS seperti dalam pentadbiran sebelum ini.

Beliau juga turut beranggapan bahawa tindakan Si Azmin tu melantik mereka dari kalangan pemimpin PKR yang diberikan empat kerusi Exco tu sebagai satu amalan Nepotisme.

Biar pun tindakan itu tidak menyalahi amanah yang telah diberikan, tetapi sebaliknya ianya menonjolkan sifat MUNAFIK seorang pemimpin terhadap apa yang diluahkannya sendiri.

Nampak gayanya Si Azmin Ali tu dah lupa dengan apa yang diperkatakan oleh dirinya sendiri sebaik sahaja tamat Pilihan Raya Umum yang lalu dalam satu kenyataan media.

Pada ketika itu, dia kuat mengecam tindakan pemimpin PKR Pusat yang tetap mahu melantik Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan menuduh ianya satu amalan Nepotisme.
Nah!!! Itu membuktikan bahawa Si Azmin Ali tu merupakan seorang pemimpin yang MUNAFIK dan lupa terhadap apa yang pernah diluahkannya sebelum ini. Adakah pemimpin MUNAFIK seperti itu layak untuk mentadbir? Korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. dudk masjid jelah..baca yasin..org2x agama tak yah menyibuk hal pemerintahan...korang mana ada ilmu bidang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abah kau....sbb org2 yg tak beragama/kurang beragama la yg jadikan sesuatu pemerintahan itu runtuh !!!...kau cakap pakai lutut ke

      Padam
  2. apa nak di katakan lagi ? dah anak murid didikan pak sheik Brother Anwar Bin Ibrahim .!

    BalasPadam
  3. Hahahahah.... bukan parti keluarga. Abis yg mak, bapak dan anak tu apa citer. Cakap tak serupa bikin. Patut la semua pemimpin lama dah cabut. Buat yg tak nak cabut, kena pecat pulak.... agaknya sel2 otak tak berhubung, tu la pasal tak boleh nak fikir.

    BalasPadam
  4. BOLIH PERCAYAKAH DENGAN GENG JAMBAN...?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping