Ahad, November 30, 2014

"Let By Gone Be By Gone". Biar la Presiden UMNO tu nak kata apa pun pasal blogger Pro UMNO ni. Yang penting kami tetap menjalankan kerja kami seadanya. 

Gelaran tak memberi kesan kepada kami yang memang dah biasa dimaki hamun dalam laman media sosial terutama didalam blog ni sendiri. Susah senang kami tanggung sendiri.

Konsep 'The Best Defense is to Offence' tu dah lama kami praktikkan. Tak de sapa pun yang bagi tau kami suruh buat semua tu. Kami sendiri tau apa tugas dan tanggungjawab kami sendiri.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO tu semalam berkaitan dengan blogger Pro UMNO ni hanya secebis bingkisan dari keseluruhanya isi kandungan ucapan yang nak disampaikan.

Jadi, tak wajar kita berikan tumpuan kepada perkara tersebut. Banyak lagi benda lain yang boleh dibuat. Yang betuul, kita puji. Yang salah, kita tegur. Kalau tak nak terima, terpulang la.

Antara lain, isi kandungan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib semalam turut membangkitkan isu Nepotisme yang ideanya ditolak secara mentah - mentah dalam tradisi UMNO.

Jika selama hari ini, Si Ketua Penipu tu sendiri sering melaung - laungkan pendirian menolak amalan Nepotisme yang didakwa dilakukan oleh UMNO demi untuk mengekalkan kuasa.

Tapi sedangkan HAKIKATNYA, Si Ketua Penipu tu sendiri paling kuat mengamalkan Nepotisme tu, sama ada didalam partinya sendiri atau pun dalam pentadbiran Rejim dibawah Pakatan.

Tak pernah hayat lagi ada mana - mana parti yang desak ADUNnya suruh letak jawatan hanya semata - mata nak digantikan dengan isterinya sendiri. Tapi Si Ketua Penipu tu mampu membuatnya.

Tak pernah ada lagi mana - mana pihak yang menggerakkan satu gerakan secara besar - besaran bagi mendesak Menteri Besar yang dipilih sendiri dikalangan mereka untuk meletakkan jawatan.

Itu pun dengan alasan yang tak masuk akal. Semuanya hanya semata - mata Si Ketua Penipu tu nak isteri dia sendiri menjadi Menteri Besar bagi menggantikan orang lain.

Yang lebih memalukan ialah apabila puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri sanggup menabur fitnah dan membuat dakwaan serta tuduhan terhadap Menteri Besar pilihan mereka untuk menaikkan isteri Si Ketua Penipu tu.

Jika itu bukan satu bukti amalan 'The Mother of All Nepotisme', apa lagi yang mampu kita katakan? Apa lagi yang boleh kita berikan pandangan mengenai realiti tersebut?

Yang menjadi persoalannya sekarang, apa pulak putar belit yang akan dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu selepas ini? Penyakit dia sendiri yang cari. Dia yang menjalankan amalan Nepotisme tu secara terbuka. Jadi, jangan selepas ini dia nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping