HARAMJADAH!!! Kalau diorang buat semuanya boleh belaka. Cuba kalau Khalid tu orang UMNO. Sampai ke lubang cacing diorang akan ungkit dan dianggap sebagai satu tindakan rasuah.
Jika selama hari ini, puak - puak Pakatan Haramjadah tu mendabik dada kata diorang ni menentang rasuah dan penyelewengan kuasa. Jadi, takkan diorang nk lepaskan Si Khalid ni atas alasan teknikal?
Sebuah firma perundangan berkata pembayaran pampasan dan ex-gratia kepada sekumpulan pembantu politik dan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah amalan pekerjaan yang biasa.
Bon Advocates, yang bertindak bagi pihak Abdul Khalid, berkata apabila persetujuan dicapai untuk penamatan awal kontrak bersama seorang pekerja, sejumlah wang yang dipersetujui dibayar sebagai pampasan.
"Jumlah yang dibayar biasanya ialah baki terma kontrak yang belum tamat dan jumlah ex-gratia atas budi bicara bagi perkhidmatan yang diberikan.
"Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri adalah sebahagian daripada proses membuat keputusan," kata firma guaman itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lapan pegawai kontrak bekas Menteri Besar yang dilantik oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.3 juta, yang disifatkan oleh beberapa pihak termasuk Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.
Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 23 Sept.
Mohamed Azmin dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak membantah jika Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT)
mahu menyiasat isu itu.
Beliau juga dilaporkan berkata bahawa mesyuarat majlis eksekutif negeri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan jumlah pampasan atau gratuiti untuk pegawai MBI dan kaedah pembayaran diputuskan oleh lembaga MBI yang dipengerusikan olehAbdul Khalid sebagai bekas menteri besar.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.